Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Gergasi internet seperti Microsoft semestinya mempunyai ratusan malah ribuan perkara dalam ujikaji secara dalaman, dan kini secara tidak sengaja mereka memperlihatkan sebuah perkhidmatan carian sosial dan rangkaian sosial yang dikenali sebagai Tulalip. Namun begitu, laman tersebut yang diuji oleh Microsoft itu kini telah pun dipadam oleh mereka.

Melalui apa yang dapat dirakamkan oleh segelintir pengguna, ianya membolehkan para pengguna mendaftarkan diri menggunakan akaun Facebook dan Twitter, serta melaluinya ianya diperkatakan yang mana para pengguna boleh mencari apa yang dikehendaki dan berkongsi pelbagai perkara dengan mudah berbanding sebelumnya.
Seperti sedia maklum, terdapat ratusan projek dibawah Microsoft Research sebelum ini yang tidak diperkenalkan kepada umum, dan tidak dilancarkan langsung. Mungkinkah Tulalip ini dilancarkan ataupun sebaliknya?
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
“We didn’t mean to, honest.” kiki asyik kantol je Microsoft nih
“We didn’t mean to” pergh..hoho
Marketing Hoax la ni.. Mungkin ini jawapan Microsoft untuk Social Netwroking.
buruk plak nama tuh. Tulalip…
mesti yang ter-mempublishkan benda ni namanya Alip..
“Tu la Lip aku dah kata ko buat kat localhost jer tapi yg ko gatal buat kat server kenapa…”
;p
btw, i rase diorg purposely publish pastu take down balik supaya blogger2 akan berteka-teki mengenainya. ha ha ha
Hahaha… ada benarnya juga.
uih, dah naik dekat sini rupenye..ingatkan abaikan aje tweet aku..ekeke :p
btw, aku rasa nama tulalip tu tu nak tunjukkan satu tribe atau melambangkan group kot..sebab google nama tu ada detailkan pasal satu puak orang asli
http://www.villageprofile.com/washington/marysville/03/topic.html