26Jul

Boot To Gecko : Jawapan Mozilla Untuk ChromeOS

Perisian, Sumber Terbuka

Hari ini, Mozilla turut sama mengumumkan sebuah projek baru mereka, yang mana seumpama seperti ChromeOS, tetapi khas untuk peranti mudah-alih, dikenali sebagai Boot To Gecko. Melaluinya, Mozilla mensasarkan untuk membangunkan sebuah sistem operasi ringkas yang mana menggunakan aplikasi berasaskan HTML5 padanya.

Buat masa ini, Mozilla mensasarkan untuk membangunkan Boot To Gecko ini untuk peranti mudah-alih seperti telefon dan juga tablet. Melaluinya, para pengguna hanya perlu menggunakan sebuah cara khas untuk boot peranti mereka kepada suatu sistem ringkas, yang mana akan terus membawa pengguna ke sebuah platform berasaskan HTML5, dan membawakan sokongan seperti kamera dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ianya semestinya akan mengambil masa pembangunan yang lama, mungkin berbulan, mungkin bertahun sebelum kita dapat melihatnya. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai platform baru daripada Mozilla ini, yang sememangnya popular dengan pelayar web Firefox mereka.


Firefox 4.0 Telah Dimuat-Turun Lebih 8 Juta Kali
µTorrent Bakal Melancarkan Aplikasi Berbayar - µTorrent Plus
Firefox 8 Nightly Versi 64-Bit Sedia Diuji
Nokia Malaysia Memperkenalkan Symbian Anna Untuk Semua Kecuali N8
#Tips : Muat-Turun Dan Gunakan Microsoft Office Secara Percuma

12 Komen

  1. Shafique pada 26 Jul 2011

    Wow! Makin meriah OS untuk mobile device!~

  2. Izzat Aziz pada 26 Jul 2011

    benda baik aku setuju, goooo gecko.

  3. asat_blurbs pada 26 Jul 2011

    macam android ke??

    • Shafique pada 26 Jul 2011

      Mungkin akan separas dengan Android dan sewaktu dengannya. Open source gak nie tapi pakai html5. android pakai linux…

      • anas pada 09 Aug 2011

        pendapat aku, bukan untuk menyerupai android os, sebab counterpart boot to gecko adalah ChromeOS.

        ChromeOS ni os yang target kat netbook, untuk optimize cloud-computing.

        so, kemungkinan boot to gecko still akan guna linux kernel, same macam chromeos, tapi interface dia guna html5,
        contoh terbaik = joli os

  4. anazhd pada 26 Jul 2011

    ala chrome os. :3

  5. Bean Moreno pada 26 Jul 2011

    wah lepas ni kita lihat siapa yang kena…

  6. BulanTerkenal pada 26 Jul 2011

    macam2 mozilla skg ni..haha

  7. eSafarEE pada 26 Jul 2011

    ini yg ditunggu…

  8. q3y pada 26 Jul 2011

    terbaik ah yang ni, x sabo nk cube…. hope2 die open smpai ke Asia, x mcm Chrome, buat kat US je…

  9. Wan pada 26 Jul 2011

    mozilla sentiasa terbaek

  10. budingyun pada 27 Jul 2011

    gecko ni tokek kan.. (-_-)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader