31Jul

Hanya Lebih 200 Pengguna Sahaja Mendaftar Akaun MyEmail Pada Hari Pertama Pra-Daftar?

Google

Seperti sedia maklum, perkhidmatan emel 1Malaysia daripada Tricubes, ataupun yang mana dikenali sebagai MyEmail.my telah pun memulakan pra-pendaftaran pada Jumaat yang lepas. Namun begitu, untuk permulaan ini, ianya dilihat, yang mana ianya masih menerima permintaan yang agak dingin, dimana dilaporkan, sehingga awal Sabtu lepas, hanya lebih kurang 200 akaun sahaja yang didaftarkan.

MyEmail sebelum ini telah memperlihatkan yang mana mereka akan membawakan pelbagai fungsi selain daripada emel, termasuk sokongan Marketplace dan juga integrasi rangkaian sosial. Namun begitu, salah satu perkara yang diminta, iaitu pendaftaran menggunakan biometrik mungkin menjadi penghalangnya.

Buat masa ini, untuk pra-daftar, pengguna perlu hadir ke lokasi dimana mereka membuka booth dan sebagainya, namun masih belum boleh digunakan lagi. MyEmail.my dijangka akan mula dapat digunakan sekitar Ogos atau September ini. Kelak tidak lama lagi, ianya turut sama akan membolehkan pengguna mendaftar di rumah dan berkemungkinan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Untuk fasa beta ini, Tricubes mensasarkan seramai 20,000 orang mendaftar dengan mereka. Buat masa ini, masih tidak diketahui berapa ramai yang telah mendaftar dengan perkhidmatan tersebut.


Firefox 4.0 2 Kali Ganda Lebih Pantas Banding FF 3.5
Google Me Akan Ikut Konsep Facebook?
Google Mengambil-Alih PostRank
Internet Explorer 10 Bakal Disokong Selama 10 Tahun
Kawal Iklan Google Yang Dipaparkan Dengan Mudah

26 Komen

  1. Amir Hamzah pada 31 Jul 2011

    Kalau buang “daftar menggunakan biometrik” tu pun, tak boleh nak kata juga kadar pendaftaran akan mencanak naik :-p

    • myFirdaus pada 31 Jul 2011

      daftar email memerlukan IC. sape nak. klu aku for sure xmo. nnti IC disalahgunakan.

  2. SJ pada 31 Jul 2011

    hahaha fail

  3. abdjabbarahamid pada 31 Jul 2011

    adakah kemungkinan istilah “paksa” akan berlaku di dalam penggunaan di masa akan datang?

  4. Dauspozi pada 31 Jul 2011

    LOL!…

  5. Hyuuga pada 31 Jul 2011

    sah2 org gomen kene paksa register email ni..
    nasib la korang..

  6. EddyGeek pada 31 Jul 2011

    em begitulah… apa2 pun masih awal. haha . kalau xda sambutan, jangan dipaksa.

  7. Kalamhati pada 31 Jul 2011

    Kita tengk cemana nnt..=)

  8. fauzifatah pada 31 Jul 2011

    aku masih tidak nampak keperluan utk daftar benda ni

  9. Mashi pada 31 Jul 2011

    Hahahah projek berjuta2

  10. Amir pada 31 Jul 2011

    baik x yah daftar.. buang mase jer

    • nash pada 31 Jul 2011

      tau xpe.. buang mase.. xberpekdah :P

  11. Wan Perlis pada 31 Jul 2011

    cakap ja email ni berjuta-juta..padahal x sampai pun
    kot atas ada tangan ghaib sapu duit tu

  12. topo pada 31 Jul 2011

    biometric tu yang buat leceh tu -.- kalau boleh register dekat 7e depan rumah aku ni mungkin aku register kot.. mungkin la

  13. bobo pada 31 Jul 2011

    sape nk risk n yakin xkne hack leh r dftar..huhu

  14. najib pada 31 Jul 2011

    tak nampak sangat keperluan nak mendaftar ni.. kena tunjukkan dulu semua benda yang dikatakan boleh berfungsi betul, baru menarik orang nak daftar.. cam myeg tak perlu daftar awal.. buat semua sistem kasi baik, pastu baru iklan pada orang.. dah laa daftar myeg pun tak perlu biometrik..

  15. zulware pada 01 Aug 2011

    kita akan tgk nnt tahap keselamatan website MyEmail nie..
    secure atau tidak…

  16. faeez faster pada 01 Aug 2011

    projek berjuta-juta, sambutan beratus-ratus je? HAHA. cube la kerajaan tabur duit berjuta-juta tu kat rakyat, baru la orang berebut-rebut nak register. sigh~ makin pelik aku tengok malaysia ni.

  17. jimmy pada 01 Aug 2011

    xtawla nk kata…

  18. ibnu pada 01 Aug 2011

    minta gaysec sila cek projek juta myemail punya security camana..

  19. matjoe pada 01 Aug 2011

    adehhh sedih. what a waste of money….
    aman register dak?

  20. Firdouss pada 01 Aug 2011

    Orang semua dah guna email sendiri. Macam takde sebab je nak guna email myemail ni

  21. apishz pada 01 Aug 2011

    kalau kena hack semua mender kena sapu , temasuk sekali dgn cop biometrik.. FFFUUUUUUUU

  22. amirzaim pada 01 Aug 2011

    sistem biometrik dan IC yang akan pening kepala lepas ni. Kalau ada jenayah ke, tidak kira salah ke tidak, mesti kerajaan akan ambil kesempatan terhadap myemail ni sebagai database untuk jejak penjenayah. Kadang-kala, privasi kita pun akan kacau bila IC, cap jari biometrik dan lain-lain disalahgunakan. Baik aku pakai yahoo ataupun gmail dll. Yang tu lebih dipercayai sejak zaman-berzaman…

  23. Shafique pada 06 Aug 2011

    Dah sah2 dalam internet jangan bagi maklumat 100% tepat. Gila ke apa diorang nie. Rasa sungguh selamat ke serber tue?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader