28Jul

MyEmail Akan Membuka Pra-Pendaftaran Akaun Emel Esok

Google

Nampaknya, seperti mana yang dijanjikan, MyEmail kini sudah siap untuk dilancarkan, dan bersempena dengan musim bola sepak akhir-akhir ini, pihak MyEmail bakal memulakan pra-pendaftaran akaun MyEmail bermula hari Jumaat hingga Ahad ini di Pikom Digital Lifestyle Expo yang diadakan di KLCC pada 29 hingga 31 Julai ini.

Sebelum ini, projek ini menjadi tanda tanya, dengan tiada sebarang kemaskini daripada pihak pembangun buat suatu masa yang lama. Namun begitu, seperti mana yang dijanjikan oleh mereka, kini mereka bakal membuka pra-pendaftaran esok. Untuk pra-pendaftaran, para pengguna hanya perlu ke kaunter mereka di KLCC sempena tiga hari ini, dan seterusnya memilih nama pengguna dan mendaftar melalui penggunaan biometrik.

Buat masa ini, maklumat lanjut berkaitan dengannya masih tidak diketahui sepenuhnya. Kami akan membawakan pelbagai kemaskini sebaik sahaja memperolehinya.

Tips awal : Rusdy Ahmad


Android 2.3 Gingerbread Pada 11 November?
Google Membolehkan Penduduk Mesir Tweet Melalui Panggilan Suara
Google+ Memperkenalkan Fungsi Untuk Mengendahkan Pengguna Lain
Aplikasi Android Dan iOS Google+ Diperkenalkan Untuk Pengguna Malaysia
Android Market Kini Mempunyai Lebih Daripada 400,000 Aplikasi

17 Komen

  1. afiq aiman pada 28 Jul 2011

    memang boleh daftar dekat Pikom Digital Lifestyle Expo je ke?

  2. Wizurai pada 28 Jul 2011

    cubalah daftar1 tgk…

  3. van der Rui pada 28 Jul 2011

    nak daftar emel je pun siap buka booth bagai…

  4. khalis pada 28 Jul 2011

    sampai nak kena gi klcc register? beritapun melaporkan rakyat malaysia berpusu pusu ke sana.. tak sabar dengan kecanggihan email tempatan..

  5. saya manusia pada 28 Jul 2011

    eksklusif sangat ke email ni siap sampai guna biometrik bagai.. nak daftar email macam nak register kat JPN plak.. hehe

  6. abraham lincoln pada 28 Jul 2011

    ohh myy..im sooo extremely exciteted

  7. zairy pada 28 Jul 2011

    kita cuba esok kat pikom klcc :)

  8. bobo pada 28 Jul 2011

    selamat ke?jgn kne di “gaysec” dah..huhu

  9. Fairuz Sulaiman pada 28 Jul 2011

    Hahahah… nak attack pakai SQL injectionlah…tengok apa jadi..:-)

  10. Fazlee pada 28 Jul 2011

    wat da hel.

  11. kikoz pada 28 Jul 2011

    xde keinginan…mayb dia wat cmtu xnk org buat emel bnyk2 n utk dptkn butiran penuh pngguna dgn mgisi borg.

  12. nizamghazi pada 28 Jul 2011

    wow, garangnye ;)

  13. Hafoz pada 28 Jul 2011

    Kat PC Expo di Melaka mgu nie takde ker…. lo………….

  14. ekspresiruang pada 28 Jul 2011

    daftar pakai biometrik? harap2 security ok la. komfem byk pihak tgh plan nk hack email ni utk uji tahap keselamatan pembangunan email kerajaan ni. xnk la pakai awal2 ni. huhu

  15. Blangkat Ahmad Basimin pada 28 Jul 2011

    kena beli mesin biometrik ek?

  16. syafieq pada 28 Jul 2011

    gaysec. sila uji web nie…huhu

  17. Wan pada 29 Jul 2011

    yahoo dan gmail sudah….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader