Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti yang kami perkatakan semalam, hari ini, pihak pembangun perkhidmatan emel 1Malaysia, iaitu Tricubes telah pun mulakan pra-daftar untuk MyEmail.my, di sebuah booth khas pada pameran Digital Lifestyle di KLCC. Daripada apa yang dilihat, kaunter mereka turut menerima kunjungan ramai pengguna, disamping ramai juga turut pra-daftar akan akaun mereka disana.

Walaubagaimanapun, daripada apa yang diperkatakan oleh pihak Tricubes, ianya masih lagi belum boleh digunakan oleh pengguna buat masa ini, dan pra-daftar ini sekadar sebagai permulaan sahaja. Mereka turut mensasarkan seramai 20,000 orang pengguna mendaftarkan akaun dalam fasa pertama pelancaran mereka.
Pada masa yang sama, menurut mereka, perkhidmatan MyEmail.my akan dibuka kepada semua menjelang bulan September ini, dimana para pengguna boleh mula menggunakannya, dan menikmati pelbagai perkara yang dibawakan selain emel, seperti integrasi fungsi sosial, dan juga perkhidmatan tawaran harian umpama Groupon.
Walaubagaimanapun, ianya diperkatakan yang mana pihak mereka masih belum memikirkan bagaimana akan membolehkan para pengguna mendaftarkan akaun mereka, disebabkan memerlukan beberapa data, termasuk penggunaan biometrik untuknya.
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
mak aih… biometrik menyusahkan… baik guna gmail…
gmail!!
Nak gmaill:P
byk betul karenah nak daftar myemail nih…
baik lupakan! haha…
lpas ni apa??
motif ini ditubuhkan? boleh lawan gmail ke ? haha
motif? o.O
biometrik my ass!
boleh mula buat countdown projek ini bilakah ianya akan berkubur…pastu kita buat doa kesyukuran…
mybe sekejap je ni…
motif mintak IC buat apa?
entah hape-hape..
wth is biometrik???
worth to check it out first…
aik kata 29 julai da bleh gune.
mesti ramai yang pilih gmail je
senyap2 je emel ni…
boimetric?
ic?
nme mak ayah sume nk ke???
i want privacy..not piracy..