Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, hari ini pra-pendaftaran untuk akaun baru MyEmail bakal dijalankan, dan para masa yang sama pihak MyEmail telah mengemaskini dengan menyediakan dan memaparkan pelbagai fungsi baru yang dibawakan oleh MyEmail, dan salah satunya adalah Marketplace.
Menurut MyEmail, melalui Marketplace, ianya akan membolehkan para pengguna untuk mengikuti dan mendapatkan pelbagai tawaran promosi dan juga diskaun di Malaysia. Antara promosi yang bakal ditawarkan adalah termasuk daripada tawaran diskaun untuk percutian, telefon bimbit, pendidikan, internet jalur-lebar dan pelbagai perkara lagi.
Selain daripada itu, ianya turut memperlihatkan yang mana MyEmail turut akan membawakan sebuah dashboard khas yang mengintegrasikan pelbagai aktiviti rangkaian sosial, memudahkan para pengguna membacanya dan membalasnya terus melalui MyEmail.my.
Memandangkan MyEmail.my menggunakan perkhidmatan Windows Live, ianya turut membawakan pelbagai nilai dan ciri serupa seperti Hotmail, termasuk sokongan Skydrive dan juga Office Web Apps.

Jadi, dengan semua ini, apakah pendapat anda mengenai MyEmail.my?
27 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Nampak menarik nih. Sebab perkhidmatan dia not focused on e-mail jer.
projek noob dr kerajaan malaysia.emel ni saja dah abis berjuta2
pada pendapat aku ianya masih membuang duit pendapatan negara…
ini email yang konon2 ade feature untuk komunikasi dengan kerajaan tu ek?
kite tengok perkembangan myemail ni masa kesemasa..
jangan jadi mcm 1tube.my sudah…
bersungguh microsoft nak kawal malaysia. open source teruskan usaha.
alamat email nanti berakhir dgn nama apa?
@myemail.my
cam x best aje… panjang!
kalau free dan best, saya mesti pilleh!
Amanz – ada peluang temuduga pihak Tricubes, tak? Tentang biz model? Tentang kos kepada pengguna? Samada pihak Tricubes mendapat bantuan pinjaman/geran atau pelaburan dari Kerajaan? Jika ada berapa banyak? Bagaimana pihak Tricubes mensasarkan keuntungan? Adakah dari “marketplace”? Adakah pihak Tricubes mendapat komisen dari setiap penggunaan perkhidmatan?
Adakah penggunaan “MyEmail” akan didominasi oleh penggunaan Bahasa Inggeris ataupun adakah ianya juga akan menggunakan BM? Sekarang ini banyak maklumat masih samar-samar.
Elok kalau Amanz dapat soal jawab pihak Tricubes untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas
cuba dulu baru tau. kdg2 x adil gak nak kondem sesuatu hal sdgkan kita x tau apa kelebihan & kekurangan dia. betoi dak? hehehe
Saya pernah terbaca tapi lupa di mana;
myemail.my adalah percuma untuk pengguna biasa, tapi bayaran dikenakan untuk mana-mana syarikat berdaftar untuk menggunakan email ini (per email kalau tak silap).
jadi bagaimana keuntungan dikaut?
Setiap urusan syarikat dengan kerajaan diwajibkan untuk menggunakan myemail.
????
profit.
Maaf kalau tersilap info, saya terlupa baca di mana.
harap xdipaksa guna ni… nak kritik pe2 pun xle. tgk perkembangan seterusnya lepas diorg dapat feedback dari orang ramai.
jgn terus nak hukum…bg peluang dulu…stp bnda yg dbuat mst da tujuan nya…
Fuhh! nie suda bagus nie…ape lagi..jom!
(Edited)
dah mai dahhhhhh…..
gune sistem window live ek. hmm
wahhhhh.. “maju” nyer..
myemail ni kena fokus pada apa kelebihan dia berbanding emel percuma lain kat luar sana.. ni nak daftar pun kena bagi KP.. rasa lagi menyusahkan daripada menyenangkan.. macam myeg, bole dapat diskaun kalau baharui cukai jalan ikut website dia.. free notification kalau ada saman.. daftar dia takde lak minta pelik-pelik..
tak sabar nak tggu propa myemail ni buat sistem yg sama dan free..lol!
sama je ngan yg lain..
Thanks, but no thanks. I’ll stick with other alternatives…
website pun ada pop-up ads. iskkk.
next!
untunglah microsoft. $$$$