Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam terus membangunkan infrastrukur internet Malaysia, kini Persatuan Pengendali Internet Malaysia yang mana turut dikenali sebagai MyIX mengumumkan kemaskini rangkaian yang mana memperlihatkan penambahan lima nod baru di Malaysia, sekaligus menjadikan jumlah nod pertukaran internet di Malaysia kepada 8 nod.
Melalui kemaskini ini, MyIX menambah nod internet di lima buat kawasan lagi, iaitu di Bayan Baru, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan juga Kota Kinabalu. Ini sekaligus membawakan penambahan kepada tiga nod sedia ada, iaitu di Lembah Klang, Taman Teknologi Malaysia, dan juga Brickfields.
Melalui penaik-tarafan ini, para penyedia internet di Malaysia kini mempunyai kemudahan yang lebih stabil untuk menguruskan trafik mereka, selain pada masa yang sama lebih efisyen dan menjimatkan kos berbanding sebelumnya. Pada masa yang sama, ianya juga berfungsi lebih pantas, dan membolehkan tawaran internet yang lebih pantas dan stabil kepada para pengguna.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hohoho dh ada kat kuantan, dgn ini sambungan ke temerloh diharapkan semakin stabil dan pantas…
melaka takde ke?? tapi tak paham pun.. huhuhu
Jadi lepas ni takde la sesak sangat, semuanya nak sumbat kat Central Region.. jadi kalau website government khasnya, bolehlah divert kepada Northern dan Southern region rasanya..
Aik? TPM dgn brickfield bukan lembah klang? Aku rasa yg sblm ni kat cyberjaya, brickfield dgn penang. Kalau tak salah aku la.
zool,
Pernambahan 5 lagi node MyIX di region menjadikan ia sebanyak 8 node pada masa ini adalah mencukupi untuk menampung traffic internet di Malaysia.
mrkay,
Di Lembah Klang, 3 node tersebut adalah di AIMS, Taman Teknologi Malaysia & TM(Brickfields). Manakala 5 Node tambahan terletak di Bayan Baru, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan juga Kota Kinabalu.