Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti tahun-tahun lepas, bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan dan juga bulan ICT yang akan datang pada bulan Ogos ini, pihak DomainRegistry ataupun yang mana lebih dikenali sebagai Mynic bakal mengadakan sebuah promosi khas, dimana para pengguna baru boleh mendaftarkan domain .my baru pada harga diskaun lebih 50%.
Menariknya adalah dimana DomainRegistry turut menawarkan harga diskaun tersebut untuk pembaharuan pendaftaran domain-domain sedia ada. Harga tawaran ini juga diadakan sehingga 31 Oktober 2011 kelak, dan meliputi kesemua domain yang berakhir dengan .my.
Berkemungkinan, beberapa penjual domain tempatan turut akan memperkenalkan tawaran menarik mereka tersendiri, disamping para pengguna turut boleh mendaftarkan terus melalui pihak DomainRegistry.
Info awal : @AffanRuslan
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
die ade email td. masuk lam email. woho..xtuka kot.hehehe
memang untung la beli time ni. next year masa nak renew dapat diskaun jugak.
Betul. Timing yang cantik.
hohoh aku baru je renew domain aku minggu lepas -.-
haha bila la nak ada domain .my ni.
pikir 10 kali gak org cam aku ni hehe
nape plak? huhu~
Sebab affan syg .com dia la…ko tgk la alexa ngn PR dia da bape..haha
Beli untuk new project lah boss.
ah, dah ada plan nak beli, baguslah ada promosi lak.
Terus renew 5 tahun. Haha.
TOS cakap renew 1 tahun saje harga promosi. Tahun kedua dan keatas harga sama. Tak best.
Kalo beli ngan rege tue nanti renew harga tue or harga asal eh?
Renew harga semasa. RM80. Kalau ada promotion tiap tiap merdeka, untungla sebab beli sekarang RM40, tahun depan promo lagi, RM40. So timing yang cantik.
Masa yang sesuai untuk aku renew.. yeay!