14Jul

Nokia Maps Kini Menyokong Android Dan iOS

Perisian, Web 2.0

Nokia Maps merupakan antara perkhidmatan pemetaan yang popular dan terbaik disediakan, dan menariknya, selain daripada untuk Symbian, kini mereka juga turut sama menyokong platform mudah-alih yang lain, termasuk Android dan juga iOS, sekaligus membolehkan pengguna iOS dan Android menikmati Nokia Maps pada peranti mereka.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ianya hanya disokong berasaskan pelayar web sahaja, dan mungkin aplikasinya akan diperkenalkan. Bagi para pengguna iOS dan Android, mereka boleh mengakses Nokia Maps dengan mudah, dengan melayari m.maps.ovi.com serta menggunakan beberapa fungsi menarik padanya.

Melaluinya, para pengguna Android dan iOS boleh mencari lokasi semasa mereka, selain turut sama menetapkan perjalanan mereka ke sesuatu lokasi yang diinginkan mereka. Buat masa ini, tiada sokongan panduan suara dan turn-by-turn yang disokong olehnya.

Sebelum ini, Nokia turut sama telah mengumumkan perkhidmatan Nokia Maps untuk Windows Phone, memandangkan mereka akan menggunakannya dalam peranti baru mereka tidak lama lagi, dan dengan sokongan Android dan iOS, ianya boleh dikatakan kini Nokia Maps menyokong beberapa platform utama mudah-alih. Mungkinkah kelak ianya akan dapat bersaing dengan Google Maps?


Firefox 3.0.9 Membawakan Kemaskini Kritikal
GengBlogger Melangkaui 15,000 Pengguna
Pembangun GengBlogger Melancarkan Vlog.my
Banding.my Bakal Dilancarkan Kepada Umum Pada Penghujung Oktober Kelak
Peranti Tizen Daripada Samsung Dan HTC Pada Tahun Ini

5 Komen

  1. paeh pada 14 Jul 2011

    dan selepas ini obe serta merta murtad daripada symbian. aku rasalah… keke

  2. obefiend pada 14 Jul 2011

    masih tiada turn by turn. anyways aku dah ada android device.bagus gak ada. boleh layanz.

  3. Mashi pada 14 Jul 2011

    bagus ni,harap aplikasinya dapat diperkenalkan xlama lagi

  4. emptyspace pada 14 Jul 2011

    bile nak kua offline map? mesti confirm kalah papago, ndrive, google map dll…

  5. Amal pada 15 Jul 2011

    Nokia Maps paling besh :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader