Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Walaupun Nokia dan juga Symbian masih menjadi pilihan utama para pengguna di Malaysia, hari ini, melalui laporan suku tahun kedua 2011, Nokia memperlihatkan kerugian hampir €500 juta, memperlihatkan yang mana Nokia perlu mengubah strategi mereka, dan mungkin memperkenalkan peranti Windows Phone mereka secepat yang mungkin.
Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Nokia, ianya menunjukkan yang mana jualan mereka telah jatuh sebanyak tujuh peratus sepanjang tahun lepas, dan jatuh sebanyak 11% jikalau dibandingkan dengan suku tahun pertama tahun ini. Ianya juga memperlihatkan yang mana Nokia hanya berjaya menjual sebanyak 16.7 juta unit peranti pintar sepanjang tempoh tersebut.
Walaubagaimanapun, menariknya adalah beberapa bahagian pada Nokia memperlihatkan perkembangan dalam pendapatan, termasuk bahagian infrastruktur – Nokia Siemens Networks dan juga bahagian pemetaan – Navteq. Mungkinkah Nokia dapat mengubah laporan ini pada penghujung tahun dengan pelancaran peranti MeeGo dan juga Windows Phone mereka?
18 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
Bak kata maza, symbian is dead.. android rulez..
jgn camni. aku Symbianer lg kot. haha. i like.
bro,gune symbian tp avatar da android .. itu curang tu hahaha
I think Nokia patut bekerja sama dgn Android. Windows phones nie tak ke mana2, Lousy OS phone.
gila ah.. aku setuju 100% dengan hang…
nokia silap percaturan lg.. go with android!
Nokia ngah bet OS MeeGo tu.. tgk hasilnya nanti.
nokia dah x musim dah…
symbian… tunggu masa tempah keranda. kalau bukan kerana kontrak, 2 hari lagi berkubur r. apa apa pun, tak ada lagi cara nak beat iOS.
ramai dah beralih ke android dan apple
nokia patut fokus meego…android dalam bahaya sbb banyak sangat lawsuit..
pasni aku harap lebih banyak oem akan sokong meego..
Semua dah beralih ke android
dulu peminat symbian. skrg, bile dpt hp company, dah tak reti guna
aku suka symbian. tapi android macam best dan comel aje..
Kesian Nokia..
hahah…
Android best ape buat masa skrg! haha