25Jul

Nokia N9 Akan Mula Dijual Seawal 19 Ogos?

Gajet

Walaupun ianya masih lagi tidak disahkan buat masa ini, ianya kini kedengaran ura-ura awal yang mana Nokia N9 berkemungkinan akan dilancarkan seawal 19 Ogos ini, iaitu kurang sebulan daripada hari ini. Perkara ini diketahui daripada salah satu laman web pengedar Nokia yang memperlihatkan tarikh tersebut.

Nokia N9 merupakan peranti pertama MeeGo daripada Nokia (dan mungkin terakhir?), yang mana membawakan pelbagai perkara menarik, termasuk sokongan NFC padanya. Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana Nokia N9 turut sama akan menyokong aplikasi Android kelak, melalui aplikasi pihak ketiga padanya.

Harga awal untuk Nokia N9 yang diperkatakan adalah bermula daripada RM2005 untuk versi 16GB. Buat masa ini, Nokia masih lagi tidak mengeluarkan tarikh rasmi untuk pelancarannya, dan hanya memperkatakan yang ianya akan dilancarkan sebelum tahun ini berakhir.


Apple Memperkenalkan Shuffle Generasi Ketiga
Acer Aspire S3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia 4 Oktober Ini
Raspberry Pi Komputer Bersaiz Kad Pengenalan Dimulakan Jualan Hari Ini
Adakah Papan Kunci Berasaskan Projektor Bakal Memenuhi Pasaran Pada Masa Akan Datang?
(Video) Samsung Galaxy S3 Dengan Lebih Dekat

22 Komen

  1. Twit N View pada 25 Jul 2011

    bagus ler nokia pun dh nk mula beralih kpd android, boleh ler tamatkan symbian dan os mereka yg slow lagi lag tu…

    • Obefiend pada 25 Jul 2011

      jgn hina symbian. ianya OS paling bagus dari segi multitasking tu. TRUE multitasking. plus android punya twitter app still suxxors. N9…… come to papa

      • sejukstudio pada 25 Jul 2011

        hahaha…oh yeah. nokia. :D

        • Obefiend pada 25 Jul 2011

          padahal im typing this on Android. kah kah kah

          • Fazreen pada 25 Jul 2011

            nokia ni still aku minat dgn design dia..colorful

  2. beliamuda pada 25 Jul 2011

    Nampaknya Nokia nak push jugak untuk N9 ni keluar awal eh…

  3. Shafique pada 25 Jul 2011

    Mcm mana pon dia kena gak amik sket android based test market. Symbian… adoi sedey la mcm sy pengguna symbian. Jap2 memory full. Pakai opera, hang terus… Cabut bateri.

  4. myFirdaus pada 25 Jul 2011

    MeeGo? urmm… mcm Android lagi best jer.

  5. Acat pada 25 Jul 2011

    3rd party access to android apps. Interesting to see if it’s on an emulator level or system integrated level.

  6. Izzat Aziz pada 25 Jul 2011

    go MeeGo, nampak cam okay berbanding symbian, tapi cam tak leh nak lawan iOS ataupun android je.

  7. Fairuz Sulaiman pada 25 Jul 2011

    Alhamdulillah. Peranti Nokia N9 akhirnya muncul. Akan tetapi saya lebih menyokong Nokia menggunakan platform Android Os kerana ianya lebih murah. Jika pengguna seperti saya ingin membuat aplikasi (saya berkerja sebagai developer) saya dapat mengurangkan kos pembangunan ( Harga license untuk apple apps sangat tak berbaloi). hehehehe.

  8. Hisyam pada 25 Jul 2011

    MeeGo-Harmattan Nokia lagi bagus berbanding Android sebab:

    1. Multitasking sebenar – boleh run 20 apps serentak takde masalah pun
    2. Real Linux – MeeGo menggunakan upstream Linux kernel, tak macam Android pakai kernel Linux modified
    3. Lebih efisyen – tak perlukan dual core Ghz CPU untuk running smooth sebab MeeGo running secara native dan bukan atas layer Virtual (VM) macam Android
    4. Swipe UI yang sangat inovatif dan intuitive, lebih simple walaupun dengan iOS
    5. Banyak lagilah.. :)

    Kelemahan MeeGo-Harmattan/MeeGo ni cuma satu je.. native apps kat Ovi Store / AppUp masih kurang walau pun sebenarnya banyak apps thru channel lain (apt-get/yum) masih boleh install. Tapi sebab tu jugaklah Nokia bagi N950 free je kat developer..nak galak banyakkan lagi apps :)

  9. sword pada 25 Jul 2011

    harap2 dapat memberi saingan pada os yang ada skrg ni…

  10. Omar pada 25 Jul 2011

    Dan mungkin yang terakhir?

  11. ali mamak pada 25 Jul 2011

    pakai je pape.. asalkan puas ati suda

  12. rockky pada 25 Jul 2011

    x sabor nk tnggu sea ray prototype ngn windows phone 7….

  13. topo pada 25 Jul 2011

    RM2005 hohoho cantik harga dia -.- tapi macam menarik je menyokong aplikasi android tu

  14. Pemerhati pada 25 Jul 2011

    nak beli N9!

  15. wazy pada 25 Jul 2011

    Best la macam ni,Nokia N9 keluar dengan harga yang sangat menarik

  16. din je pada 26 Jul 2011

    new nokia hp in town

  17. Bisyairi pada 26 Jul 2011

    android terbaik! hehe.. =3

  18. Sya Isya pada 02 Aug 2011

    wow! harga dia, boleh tahan. sekejap je dah keluar N9 pula.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader