28Jul

Nuffnang Mempunyai Lebih 260,000 Blog Berdaftar Bersama Mereka

Web 2.0

Mungkin ramai yang tidak perasan, dimana hari ini, Nuffnang telah melakukan salah satu kemaskini kecil pada halaman web mereka, mengemaskini statistik semasa oleh mereka. Statistik yang sebelum ini hanya memperlihatkan angka pengguna berdaftar dengan Nuffnang, kini telah diubah dengan angka blog berdaftar dengan mereka, yang mana melangkaui 260,000 buah blog.

Melalui kemaskini yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana Nuffnang mempunyai lebih daripada 260,000 buah blog yang didaftarkan bersama mereka, dengan lebih 180,000 akaun pengguna bersama mereka. Ianya turut memperlihatkan yang mana angka blog di Malaysia meningkat naik dari hari ke hari.

Sebelum ini, ketika Anugerah Internet DiGi WWWOW tempoh hari, pihak DiGi telah mengumumkan yang mana di Malaysia sahaja, terdapat lebih daripada 250,000 orang penulis blog, dan semestinya seperti semua sedia maklum, sebahagian daripada mereka mempunyai lebih daripada satu blog.


BuddyPress Beta Sedia Di Cuba
Yemmz! Mensasarkan 200k Pengguna Untuk 2010
Aplikasi FoodSpotting Beta Untuk Android Di Lancarkan
Facebook Kini Memberi Lebih Kawalan Keatas Perkongsian Dan Privasi
Tomato Animation Menawarkan Aplikasi Amazing Jump Kepada Pengguna iOS

13 Komen

  1. Pacifista - X pada 28 Jul 2011

    nampaknya ada kemajuan yang pesat di dunia blogging ni.bagus :D

  2. budingyun pada 28 Jul 2011

    aku lah salah satunya..

  3. Faizal Fredley pada 28 Jul 2011

    wow…..boleh tahan gak….anyway dunia blogging makin berkembang kat malaysia nih…

  4. Fazrol pada 28 Jul 2011

    Makin meriah!

  5. hakimfaridzul pada 28 Jul 2011

    260, 000? tu hanya di Malaysia atau campur sekali nuff singapore, china n aus???

  6. ekspresiruang pada 28 Jul 2011

    org Malaysia mmg menunjukkan peningkatan yg sgt signifikan dr segi penggunaan internet. hebat

  7. myFirdaus pada 28 Jul 2011

    stakat daftar tapi x aktif buat apa. blog pulak mengarut je lebih. sedih oh sedih.. terlalu bnyak copy paste. :)

    • syafieq pada 28 Jul 2011

      betul2..sokong kata ko

  8. matjoe pada 28 Jul 2011

    macam kujie cakap dulu, sekarang satu kek bahagi beribu ribu. dah tak boleh nak dapat buffer earning dah.

  9. Izzat Aziz pada 28 Jul 2011

    kalau kat Malaysia saja, ok la tu.. makin ramai dah sedar boleh buat duit dengan blog.

  10. zuan pada 28 Jul 2011

    blog for fun.. :)

  11. gingercruzt pada 28 Jul 2011

    ;D

  12. Kalamhati pada 28 Jul 2011

    No wonder makin syusyah nak dapat BE inchik Nuff skang..huhu ramainya kan..kena usaha lebih!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader