Cari @ Amanz

Ingatkah lagi mengenai Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards yang pernah kami tulis pada awal tahun ini. Kini, dengan tamatnya Anugerah Internet DiGi WWWOW, kami mula mendengar beberapa berita, mengatakan yang mana Nuffnang bakal mengadakan acara gilang gemilang mereka yang diadakan dua tahun sekali ini pada bulan Oktober akan datang.

Lokasinya masih belum diketahui buat masa ini, namun ianya diperkatakan yang mana berkemungkinan besar akan diadakan di Malaysia untuk tahun ini. Sebelum ini, pada edisi pertama anugerah tersebut, ianya telah diadakan di Singapura, menyaksikan lebih 12 kategori dipertandingkan.

Berbeza dengan DiGi WWWOW yang hanya dibuka kepada para penulis blog dan pengguna media sosial tempatan, Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards ini melibatkan penyertaan daripada beberapa buah negara sekitar Asia Pasifik, sekaligus menjadikan persaingannya lebih sengit daripada biasa. Namun begitu, ianya tidak diketahui samada adakah ianya akan dibuka kepada umum, atau hanya untuk para pengguna Nuffnang sahaja.

Maklumat lanjut akan menyusul sebaik sahaja Nuffnang mengumumkannya secara rasmi. Sama-sama kita nantikannya. Anda boleh melihat pemenang untuk edisi pertama Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards di halaman rasmi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd