Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Opera telah pun secara rasminya melancarkan pelayar web terbaru mereka, iaitu Opera 11.50 Swordfish, membawakan pelbagai perubahan, termasuk dari segi antaramuka dan beberapa tambahan fungsi baru. Kini, setelah seminggu, angka muat-turun Opera 11.50 telah pun melangkaui 27 juta muat-turun.

Angka muat-turunnya masih lagi bergerak aktif, dan mungkin akan mencapai 30 juta dalam beberapa hari sahaja lagi. Sebelum ini, dalam tempoh 24 jam ianya diperkenalkan, angka muat-turunnya telah melangkaui 5.4 juta dengan mudah.

Melalui Opera 11.50, pelayar web yang kian meningkat naik popularitinya dikalangan pengguna desktop itu membawakan rekabentuk yang serba baru, dan pada masa yang sama menjadikannya lebih pantas dan ringan. Opera 11.50 turut sama membawakan Opera Link membolehkan pengguna sync kata laluan dengan mudah, selain menjadikan Speed Dial lebih interaktif dengan pelbagai sokongan tambahan.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Opera 11.50 secara percuma untuk Windows, Linux dan Mac OS X, dan melihat pelbagai perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd