Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada produk baru, Apple turut sama telah memperkenalkan kemaskini untuk sistem operasi mereka hari ini, dimana mereka telah melancarkan Mac OS X Lion secara rasminya, dan boleh dimuat-turun terus melalui Mac App Store pada harga cuma $29.99 bermula hari ini.
Melalui sistem operasi generasi baru ini, Apple membawakan lebih daripada 250 fungsi baru, yang mana turut menyertakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan gesture Multi-Touch, sokongan menggunakan aplikasi dalam skrin penuh, melihat semua perkara yang dijalankan pada Mac anda melalui Mission Control, dan juga Launchpad yang menjadi tempat utama untuk melihat semua aplikasi pengguna.

Untuk menggunakan OS X Lion, para pengguna hanya memerlukan Mac dengan Intel Core 2 Duo, i3, i5, i7 ataupun Xeon dan mempunyai memori sebanyak 2GB RAM. Selain daripada memuat-turun terus daripada Mac AppStore, pengguna juga boleh mengemaskini sistem operasi mereka dengan membawa peranti ke pengedar rasmi Apple, dan mengemaskininya di sana.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Downloading … har har har
cuma 29.99 tu yg best tuh
tgh dload. x hbs2 pon dari smlm.. streamyx slow sgt ker nak dload 4gb.. uhukz..
Dah habis download, tengah backup installer file.
Kalau nak buat Lion punya USB drive bootable installer, ala-ala MBA: http://lifehac.kr/pHNzEM (kena buat sebelum install Lion. Kalau dah install, Mac akan delete installer tu)
Senang kalau nak buat clean install.