06Jul

Pantau Sekatan Jalan Raya Melalui Google Maps

Google

Salah satu perkara yang menjadi topik hangat di Twitter pada hari ini adalah berkenaan dengan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis trafik disekitar kawasan Lembah Klang. Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan dan merancang perjalanan anda, sebuah peta khas kini disediakan, yang mana dibangunkan berdasarkan data yang dikongsikan oleh para pengguna sendiri.

Menariknya, para pengguna sendiri boleh menambah data-data yang berkaitan dengan mudah dan pantas, dengan hanya log masuk ke akaun Google, dan seterusnya menambah data-data berkenaan dengan sekatan jalan raya yang diadakan sepanjang 6 hingga 9 Julai, serta kongsi akannya bersama rakan-rakan yang lain.

Dengan adanya ini, kini mungkin para pengguna boleh merancang perjalanan mereka, dan mengelakkan diri daripada melalui jalan-jalan yang sesak pada waktu perdana.


Google Menambah Task Pada GMail
Google Kini Dengan Rekabentuk dan Antaramuka Baru
Dapatkan Jemputan Google+ Di Amanz Sekarang
Disco Kini Membawakan Sokongan Twitter Dan SMS
Kaca Mata Google HUD Dalam Pembangunan - Ujian Tertutup Akan Dilakukan Tidak Lama Lagi?

21 Komen

  1. Ahmad Fikrizaman pada 06 Jul 2011

    wow.. haha.. lepas ni polis dengan jpj x dapat cari makan la..

    • Kaisam pada 06 Jul 2011

      blog hang kena hack ka?

      • ceghap pada 06 Jul 2011

        lol~ btol la

      • Kaixer pada 07 Jul 2011

        kena hacked depan je tu. index.php – backend bleh bukak lg.

    • Mashi pada 06 Jul 2011

      blog kena hack ke konspirasi semata2

  2. paanz pada 06 Jul 2011

    stylo bro

  3. melayubuntu pada 06 Jul 2011

    pasni polis ngan jpj request suruh skmm block google map..wakakkaa

  4. Wan pada 06 Jul 2011

    nnt benda ni di salah guna oleh penjenayah

    • eSafarEE pada 06 Jul 2011

      semua kemudahan/teknologi yg ada skrg ni boleh dgn mudah disalahgunakan. it’s up to the user to choose the way they want to use it. right?

  5. hasan pada 06 Jul 2011

    Dunia da canggih…bgs la teknologi dpt membantu manusia skrang..

  6. Kamil ace pada 06 Jul 2011

    senang skit macam ni…haha

  7. sydez pada 06 Jul 2011

    kalo aku ni perompak/penyeludop dadah ke ape ke mmg best r..kompom x kene tgkp

  8. KawanGeek pada 06 Jul 2011

    hehe. ramai je fikir negatif.

  9. awis pada 06 Jul 2011

    klau ade API boleh buat app utk phone.

  10. Mashi pada 06 Jul 2011

    Pahni google akan kena block dengan SKMM..wakakakaka

  11. paeh pada 07 Jul 2011

    waktu perdana….? waktu kemuncak lagi sesuai rasanya aman….

    • sword pada 28 Jul 2011

      setuju..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Live Feed Roadblock And Traffic In Kuala Lumpur | firechrome.com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader