14Jul

PayPal Membawakan Sokongan NFC Untuk Pengguna Android

Perisian, Web 2.0

Dengan teknologi NFC (Near-Field Communication) yang mula diintegrasikan pada peranti mudah-alih pada masa sekarang ini, kini PayPal mengambil langkah awal dengan mengumumkan sokongan NFC untuk membayar dan menerima wang dengan mudah untuk para pengguna Android, sekaligus memudahkan segala proses penghantaran dan penerimaan wang.

Buat masa ini, ianya hanya disokong pada peranti Nexus S, memandangkan hanya ianya merupakan peranti Android dengan sokongan NFC. Dengan menggunakan widget baru PayPal untuk Android, kini para pengguna hanya perlu menyentuh kedua-dua peranti (penghantar dan penerima) untuk sebarang transaksi. Ini sekaligus memudahkan pengguna, dan tidak memerlukan mereka melalui pelbagai proses, seperti membuka aplikasi dan sebagainya.

Sebelum ini, Nokia turut sama memperlihatkan penghantaran dan penerimaan fail menggunakan teknologi NFC dengan mudah. Peranti-peranti pintar yang akan datang selepas ini juga dijangka akan membawakan sokongan NFC, dimana RIM telah mengumumkan BlackBerry akan membawakan sokongan teknologi tersebut, selain iPhone yang diura-ura akan turut membawakan teknologi sama. Google sendiri telah mengumumkan Google Wallet dengan teknologi serupa sebelum ini. Mungkin dalam tahun akan datang, kita akan dapat melihat teknologi NFC digunakan dengan lebih meluas di seluruh dunia.


Google Mengintegrasikan Amazon Associate Pada Blogger
OrangeDeal Membawakan Diskaun Sehingga 90%
FourSquare 3.0 Bakal Dilancarkan
Angry Birds Rio Ke Android Market Minggu Ini
Galaxy S2 Terjual Lebih 3 Juta Unit Dalam Masa 55 Hari

3 Komen

  1. paeh pada 14 Jul 2011

    lepas niii kau test transfer kat paypal aku ye aman… kekekeke. laga2 android. dah macam digimon….

  2. Ikmal Redza pada 14 Jul 2011

    Nampak gaya kena la upgrade Nexus One ke Nexus S sebab ada function NFC ni. Atau pun kena tunggu Nexus Prime? Bila tu…?

  3. zool pada 14 Jul 2011

    Terbaik ni.. duit paypal ada lah sikit..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader