19Jul

Pembangun LoveMakan Bakal Melancarkan Undi.my

Web 2.0

Ingatkah anda dengan laman sosial yang memfokuskan kepada makanan, iaitu LoveMakan.com? Kini pembangunnya bakal melancarkan salah satu perkhidmatan berasaskan web mereka yang baru, dengan nama Undi.my. Buat masa ini, informasi berkenaan dengan perkhidmatan terbaru mereka ini masih samar-samar dan tidak begitu jelas.

Namun begitu, apabila dilihat melalui carian ringkas pada halaman mereka, ianya memperlihatkan yang mana melalui laman mereka kelak, Undi.my akan menyediakan sebuah platform untuk bertanyakan soalan kepada para pengguna, dan dimana undiannya akan dilakukan menggunakan Facebook Like.


Contoh Soalan Diperlihatkan


Cara keputusan Undi.my Diperlihatkan

Pengguna juga turut sama boleh membuat pertanyaan dan soalan mereka sendiri tanpa memerlukan sebarang pendaftaran melalui halaman Undi.my, dan seterusnya memantau perkembangannya dengan melayari laman tersebut.

Namun begitu, ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, dan berkemungkinan besar akan berbeza pada pelancarannya. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya dalam tempoh kurang 10 hari lagi.


Facebook di Rekabentuk Semula.
BuddyPress Memperkenalkan Tema Baru
FeedMalaya Memperkenalkan Rekabentuk Baru
Joomla 1.7 Pada Julai - Joomla 1.8 Pada 10 Januari 2012
Dengan Pengenalan myIdentity, Ia Menjadikan Perkhidmatan myEmail Tidak Relevan Lagi

6 Komen

  1. Omar pada 19 Jul 2011

    Kalau tambah “es” pada nama domain tu, apa jadi agaknya. Yang pastinya, bukan lokasi kedai makan akan keluar :P

  2. mancai pada 19 Jul 2011

    simple, kemas dan idea yang menarik

  3. LBM pada 19 Jul 2011

    hahaha periot

  4. amat aj pada 19 Jul 2011

    make sure undi yg bersih ye.. hehe :)

  5. MuJE pada 19 Jul 2011

    haha vote cam bangang

  6. Fazreen pada 19 Jul 2011

    Malaysia ni ada ramai pembangun2 web yang cool tapi tak banyak yang kita nampak berjaya maintain kan produk/projek dorang. Kebanyakkanya lack of marketing. Sampai satu masa, projek2 mcm ni dilupakan..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader