08Jul

Pembangunan Opera 12 Wahoo Dimulakan

Perisian

Dengan pelancaran Opera 11.50 Swordfish pada minggu lepas yang mana kini telah pun melangkaui lebih daripada 33 juta muat turun, kini pihak pembangunnya, Opera Software telah pun memulakan pembangunan untuk versi seterusnya, iaitu Opera 12, yang mana dikenali dengan nama kod Wahoo.

Buat masa ini, tiada sebarang perubahan yang diperlihatkan, memandangkan masih lagi pada peringkat pra-alpha. Dan informasi berkaitan apa yang bakal dibawakan oleh Opera 12 juga masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, salah satunya semestinya akan berkait rapat dengan projek antaramuka baru mereka dalam menjadikan Opera lebih ringan dan pantas.

Mungkin lebih banyak maklumat lanjut akan diperlihatkan sebaik sahaja ianya melepasi fasa alpha tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


Internet Explorer 8 Bakal Di Lepaskan Pada 20 Mac
Opera 10.10 Di Datangkan Bersama Opera Unite
Google Memperkenalkan Aplikasi Movie Studio Untuk Honeycomb
Rakan Kerjasama Untuk Peranti Mozilla B2G Akan Diketahui Pada MWC
Personas Kini Dikenali Sebagai Themes - Dipindahkan Ke Halaman Mozilla Add-On

3 Komen

  1. titan pada 08 Jul 2011

    aku tak layan opera.

  2. Aqif Azizan pada 08 Jul 2011

    Masih lagi kekal dengan Google Chrome dan Mozilla Firefox. Hehe.

  3. merahs pada 08 Jul 2011

    dah layan sejak opera 10 lg dulu2 seiring dgn opera mini… memang sangat memuaskan.. Akan terus menggunakannya hingga…..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader