05Jul

Pengguna Android Malaysia Berkembang Dengan Drastik Berbanding Platform Lain

Gajet, Perisian

Jikalau sebelum ini, kami memperlihatkan perkembangan pelayar web sepanjang bulan Jun yang lepas, kini kami memperlihatkan perkembangan platform mudah-alih sepanjang bulan Jun, dan seperti sedia maklum, Android memperlihatkan perkembangan yang amat drastik sekali berbanding platform yang lain.

Pada masa yang sama, melalui graf daripada StatCounter juga, ianya menunjukkan yang mana penggunaan Symbian semakin berkurangan, serta pengguna iOS yang kelihatan hampir tidak berubah sepanjang tempoh enam bulan kebelakangan ini. Pengguna BlackBerry juga kelihatan serupa sepanjang tempoh tersebut, tanpa sebarang perubahan drastik.

Mungkin pada penghujung tahun ini kelak, kita akan dapat melihat lebih banyak perubahan drastik, dengan Windows Phone turut sama mendapat perhatian ramai pengguna. iOS 5, Symbian Anna dan juga Android Ice Cream Sandwich turut sama bakal diperkenalkan dalam tempoh terdekat ini, memberikan impak yang lebih meluas kepada perubahan ini kelak.


Windows 7 Build 7600 Adalah Versi RTM?
Versi Pembangunan Chrome 8.0 Bakal Muncul
Skype Untuk iOS Kini Menyokong Panggilan Video
Samsung Mengumumkan Galaxy Tab 7.7 Secara Rasminya
Facebook Dilaporkan Sedang Bekerjasama Bersama HTC Membangunkan Telefon Facebook

6 Komen

  1. Ikmal Redza pada 05 Jul 2011

    Mungkin juga dipengaruhi faktor Google yang telah membuka pejabat di KLCC?

  2. Roslan_Nazri pada 05 Jul 2011

    see it in 1 year later.. =P

  3. FaizFizy Rosle pada 05 Jul 2011

    Ice cream sandwich! :D

  4. syafiq pada 05 Jul 2011

    ye ye ye ye ye ye! :D android superb

  5. Sham Hardy pada 05 Jul 2011

    Android FTW!!

  6. lieeexpArc_s pada 10 Feb 2012

    love android,,,


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader