15Jul

Pengguna Google+ Berkongsi Lebih 1 Billion Perkara Sehari

Google

Hari ini, secara rasminya akhirnya Larry Page, iaitu CEO Google telah pun membuat pengumuman berkaitan Google+ yang dinantikan. Menurut beliau, kini Google+ telah pun mempunyai lebih daripada 10 juta pengguna seluruh dunia dalam masa kurang dua minggu ianya dilancarkan, dan angka perkongsian pada Google+ juga menarik, dimana ianya melangkaui angka 1 billion setiap hari.

Google+ baru sahaja dilancarkan lebih kurang 2 minggu, dan ianya telah menjadi salah satu rangkaian sosial yang berkembang dengan amat pantas sekali. Buat masa ini, ianya masih diperingkat beta tertutup, dan memerlukan emel jemputan untuk menyertainya.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bilakah Google akan melancarkannya secara rasmi. Berkemungkinan kita boleh nantikannya tidak lama lagi. Google+ juga dijangka memperkenalkan beberapa perubahan pada minggu ini. Sama-sama kita nantikannya.


Hotpot Di Integrasikan Pada Carian Google
Carian Imej Pada Google Memperlihatkan Masa Dimuat-Naik
GMail Membolehkan Fail ZIP dan RAR Terus Dibuka Melalui Pelayar Web
YouTube Membuang Had Masa Video Untuk Akaun Yang Disahkan
Google Melancarkan Perkhidmatan Schemer Kepada Semua

1 Komen

  1. abduljabbarahamid pada 15 Jul 2011

    Erks? Lebih 1 billion perkara dikongsikan sehari? apa bendalah tu?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader