Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Peningkatan penembusan internet dan jalur-lebar di Malaysia, penggunaan web dan pelbagai perkhidmatan berasaskan semakin meningkat dari hari ke hari, dan melalui laporan yang dikeluarkan oleh Yahoo! dan Synovate, ianya memperlihatkan kegiatan yang paling digemari oleh para pengguna Malaysia adalah mengakses laman sosial.
Ianya turut meletakkan Malaysia ditangga teratas di rantau Asia Tenggara, dimana memperlihatkan hampir sebanyak 90% penggunaan laman sosial, peningkatakn sebanyak 29% sejak daripada tahun 2010.
Selain daripada rangkaian sosial, para pengguna tempatan turut sama gemar mengakses emel (87%) dan juga menggunakan perkhidmatan permesejan segera sebanyak 58%. Menurut Yahoo!, kesemua aktiviti ini turut meningkat dari hari ke hari, dengan bertambahnya pengguna internet tempatan setiap hari.
Pada masa yang sama, Yahoo! turut memperkatakan yang mana penggunaan laman tawaran harian seperti Groupon, MyDeal dan sebagainya juga memperlihatkan potensi perkembangan yang baik.
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Ini juga dibantu oleh peningkatan pemilikan smartphone di Malaysia.
+1
Kita punya banyak masa bukan?
Pernah tengok pasangan ber-dating dengan masing-masing sibuk dengan mesin?
Pengguna begini yang meninggkatkan carta kita!
memang terbukti benar.haha…
wah..makin maju laa dunia internet..
orang malaysia lah kate kan
Habisla produktiviti di pejabat akibat masa berkualiti dihabiskan dengan berFB dan IM.
Benci!!!
pergi mana2..mesti ada orang bukak facebook
syabas Malaysia! masa anda banyak di habiskan di alam siber berbanding alam nyata hehe
+1
terima kasih berukband. connection kaler merah masih mampu buat post kat sini ok. haha.
budak darjah 3 pun dah ade facebook…ape cer..haha
xcukup umur lg tuh…lol!
netbook 1 malaysia punya pasal kot
Lepas google beli ja Groupon, sekarang ni dah jadi trend ramai kaki buat website mula mencari script ala groupon utk didevelopkan.. huhu
bayangkan hari2 aku tanpe fb..==”
k, x leh bayangkan..:))
disebabkan smart-phone .. kat mana-mana pun boleh online .
Dalam panggung wayang pun nak fb. Poyos!!!