Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan peranti Android dan iOS yang kian meningkat naik penggunaannya di Malaysia, bilangan aplikasi yang dibeli oleh para pengguna tempatan juga kian bertambah. Kini, MSC Malaysia mengumumkan yang mana secara purata, para pengguna Malaysia sanggup berbelanja untuk membeli aplikasi iOS dan Android sekitar RM3 hingga RM60.
Walaubagaimanapun, menurut MSC Malaysia, buat masa ini, aplikasi berbayar yang dibangunkan oleh pembangun tempatan yang menjana wang dengan banyak adalah amat kurang. Ini mungkin adalah disebabkan kurangnya pembangun aplikasi berbayar tempatan dan sebagainya.
Untuk menggalakkan perkara ini, seperti sebelum ini, MSC Malaysia melancarkan program ICON2, yang mana menawarkan dana dan bantuan untuk para pembangun kandungan tempatan untuk dapat bersaing dengan sihat bersama yang lain.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
macam member aku la ni.. -__-
Berbayar tapi UI/UX tak menepati pengguna macam mana nak laris.
Aku je tak belum sanggup2 lagi berbelanja untuk Android
bley buat duit kalau pandai buat aplikasi. tgklah Angry Birds.
c’mon org Malaysia, buat aplikasi lebih hebat drpda Angry Birds!
kalau apps tu memang berbaloi, apa salahnya membeli
sanggup guna ada ads . da terpaksa baru la bli. apa2 pun kurangkan kegunaan apps pirate.
ada yg boleh bypass 10 website yg di blok skmm dgn mudah. mungkin itu br org akan beli
senang je nak bypass