Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, Google melalui acara ThinkMobile Kuala Lumpur telah pun mengumumkan yang mana di Malaysia hanya terdapat lebih 9% telefon pintar sahaja, sekaligus memperlihatkan pasaran yang amat luas sekali untuk telefon pintar di Malaysia, dengan kadar peningkatan yang amat tinggi sekali.

Mungkin ini merupakan salah satu perkara mengapa kini kebanyakkan penyedia telekomunikasi menawarkan peranti pintar melalui pakej talian pascabayar mereka.
Pada masa yang sama, Google turut berkongsikan statistik penggunaan peranti mudah-alih di Malaysia, iaitu sebanyak 95% daripada rakyat Malaysia menggunaakn telefon mudah-alih ataupun telefon pintar berbanding peranti yang lain.

Daripada apa yang diperlihatkan, hanya lebih kurang 24% pengguna menggunakan laptop ataupun notebook, dan hanya 17% yang menggunakan dekstop ataupun PC. Angka ini dijangka terus berubah dengan lebih banyak tablet dan peranti pintar mula memasuki pasaran tempatan.
Kamera dan rakaman gambar oleh Saudara Asri Symbianku.com
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
lepas ni smartphone akan jadi 1 keperluan. bukan skdr gadget utk suka2 je
Dahulunya pembantu peribadi digital, sekarang digantikan dengan telefon pintar. Dan sekarang ianya sudah menjadi mampu milik di kalangan rakyat Malaysia.
people should define their usage and find a device that suits their requirement. if not you’ll end up buying stuff u never need in the first place.
rasenye sebab ramai yang tahu pasal keperluan telefon pintar
Just 9%? Still masih mahal lagi. Memang tak sabo nak pakai tp apakan daya…. Nak murah plak kena bayar bulan2 mahal. Kalo blaja mana nak ade duit, keja baru start nak saving dlu plak… Bila agaknya hek….
ingat nak pakai gak smart phone nie, tapi skung nie tak nampak lagi keperluannya untuk diri sendiri, jadi pakai hanphone biasa la dulu..