Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pengenalan Google+ pada minggu lepas, Google ingin membawakan pelbagai perubahan besar pada produk-produk mereka, dimana Google ingin menyeragamkan penggunaan jenama Google pada semua produk mereka, sekaligus menjenamakan semula Blogger dan Picasa kepada Google Blog dan juga Google Photos.
Beberapa jenama lain juga dijangka akan mengalami perubahan yang serupa, namun tiada perubahan akan diperkenalkan pada YouTube buat masa ini. Dengan penjenamaan semula ini juga, Google bakal mengintegrasikan kedua-dua perkhidmatan ini dengan lebih mendalam pada rangkaian sosial mereka, Google+.
Ianya dilaporkan yang mana perubahan daripada Picasa dan Blogger kepada Google Photos dan Google Blogs akan berlaku dalam masa kurang dua bulan lagi. Pada masa yang sama juga, mungkin kita akan dapat melihat pelancaran rasmi Google+ kepada semua pengguna dalam tempoh tersebut.
Sebelum ini, perkhidmatan Blogger telah menerima pelbagai kemaskini, dan pada masa yang sama, Google dalam proses untuk memperkenalkan pelbagai perkara baru, termasuk rekabentuk dashboard yang baru padanya. Mungkin dengan penjenamaan semula bersama-sama dengan Google Blogs ini, perkara tersebut akan diperkenalkan sekali.
Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkaitan dengan perkara ini dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikannya.
36 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ingat nak hentikan terus, rupanya rebranding.
kalau tak laju je lah aku wat servis pasang wp heheh
haha baru nak buat duit ya bro
rebandring okelahkan..:)
Oh… rebranding… fikirkan dah nak tutup…
Hurm… Blogspot > Blogger > Google Blog… macam tak best jer bunyi nama ‘Google Blog’.. kalau Gblog mungkin sedap sikit bunyi nyer.. macam bunyi Gmail la sikit2.. huhu.. harap2 google jadikan nama dia Gblog la =)
atau GoBlog
GoBlog tu klau dialih dalam bahasa jawa nye, goblok=b0d0#….agak janggal klau
google rebranding jadi name tu….ahahaha
nama gmail pun google mail sebenar, tapi dipanggil secara pendek gmail, google talk sama juga, tapi dipanggil gtalk.. jadi google blog pun memang akan dipanggil gblog.
Macam tak best jer nama Google Blog.. apa kata suruh google buat Gblog.. lagi best.. barulah bunyi macam Gmail haha
nasib baik la rebranding je
kalau tutup,aku tak dapat nak bayangkan
wow! bile die integrate youtube + blogger dalam google+, ‘masak’ jugak fb nak lawan balik ni… tp x mustahil.
Aman saja nak letak tajuk kasi suspen sikit..
Kalau tutup terus, satu kejayaan besar buat syarikat2 hosting tempatan.. Hehe
YEAHHHHH
google blog.. google bot.. dekat2 plak.. adess.. apepun blogspot memang best..
spambot pun syok gak..
kalau tutup, menangis la obe.
ramai2 bleh hasut dia pindah ke wp selfhost…hehe
kalau tutup, pegi wordpress…ha3
tapi gblog lagi sedang daripada google blog…
WP lagi bestb
yang penting FREE.
domain tukar..habih la segala SEO PR apa jadah semua..hahaha
nasib baik aku self hosted dah skang
Macam mana pulak nanti dengan Google Site? Agak-agak merge tak dengan Google Blog nanti?
GooBlog..
Better la guna Google Blog. Konfius kalau guna Blogger sbb ada 2 maksud.
1. Penulis blog
2. Platform untuk menulis blog (blogspot).
tapi branding Blogger tu sendiri dah kuat. apa-apa pon WP 3.2 tebabom!
Lol.. GoBlog @ Goblok.. xD
Mana2 nama pun tak pe. janji jgn ganggu blog aku.
Hohohoho….
mustahil la blogger la tutup
yang penting open source…hehe
WordPress is the best for blogging!! Yay!
pakai wordpress gak terbaek :p
janji yang lama tetap wujud… bagus juga cara rebranding ni…
Tak berape komersial nama rebranding untuk blogger – Google Blog. Gblogs or Gooblogs (bunyi macam goblok plak) kekeke..
Anyway, apepun nama yg mereka namakan untuk rebranding. Google dah kukuh sekukuhnya as a biggest online company in the world.
Menarik juga promo video Blogger tu. Dan rebranding ini satu langkah yang bijak untuk tarik new users. Cuma saya still tak minat nak gunakan Blogger lepas kenal WP. Mungkin sebab pengalaman gunakan Blogger dulu tak best kot.
GBlog! hahaha..mmg sounds menarik……..