28Jul

Rekabentuk Untuk Baju-T Amanz Diperlukan – Menangi Hadiah Lebih RM200

Lain-lain

Mungkin ramai yang telah melihat katalog #AmanzRewards yang memperlihatkan salah satu hadiahnya adalah termasuk tshirt eksklusif Amanz. Namun begitu, amat mendukacitakan kerana kami tidak mempunyai rekabentuk untuknya, dan kini kami membuka peluang untuk anda, merekabentuk baju-t tersebut.

Bagi mereka yang ingin menyertai pertandingan ringkas yang dijalankan oleh kami, anda boleh:

  • Memuat-turun jenis tulisan (font) yang digunakan dalam logo kami – Kara Ben Nemsi
  • Memuat-turun rekabentuk baju-t kosong (template) untuk digunakan dalam rekabentuk anda.
  • Gunakan kreativiti anda untuk mereka baju-T kami. Walaupun kami berikan font tersebut, memadai huruf ‘A’ ada sebagai salah satu identiti kami

Hendaklah diambil perhatian agar tidak menggunakan warna dalam bentuk Gradient, selain menetapkan DPI-nya kepada 300DPI. Para peserta, boleh menghantarkan penyertaan kepada kami melalui emel ke media(a)amanz.my dalam bentuk *PNG, *JPG ataupun *JPEG sebelum 10 Ogos 2011 11:59 malam.

Undian akan dilakukan dalam bentuk Facebook Like bermula daripada 12 Ogos hingga 16 Ogos. Namun begitu, kami masih mempunyai hak penuh dalam membuat keputusan muktamad. Keputusan akhir akan diumumkan pada 18 Ogos 2011.

Pemenang yang mana rekabentuknya menjadi pilihan untuk dicetak akan mendapat RM200, baju-t Amanz Network, cenderamata Amanz Network eksklusif, dan beberapa ganjaran dan hadiah rawak daripada Amanz Network.

4 pemenang seterusnya akan mendapat baju-t eksklusif Amanz Network seorang satu. Dan 10 pemenang seterusnya, akan mendapat hadiah eksklusif daripada kami (yang akan ditentukan dalam masa terdekat).

Sebarang persoalan tambahan mengenai pertandingan ringkas ini boleh diajukan kepada kami melalui emel di ask(a)amanz.my ataupun melalui kotak komen dibawah.


Kelantan Ke Arah Negeri WiFi Menjelang 2011
Rangkaian HSBB Daripada TM Pada Bulan Ini
Pemenang Anugerah Keunggulan Frost & Sullivan Malaysia 2011 Diumumkan
Aplikasi iOS Amanz.my Dikemaskini - Masalah Perisian Diatasi
Politeknik Ibrahim Sultan Memperlihatkan Kawalan Suis Menggunakan Internet

71 Komen

  1. mosyar pada 28 Jul 2011

    hohohoho…nk try lah.

  2. Shahrulsite pada 28 Jul 2011

    buleh try test masuk ni…

  3. budingyun pada 28 Jul 2011

    hadiah lumayan tu…

  4. Ahmad pada 28 Jul 2011

    Hadiah rawak…MISTERI…

  5. Pacifista - X pada 28 Jul 2011

    wah…boleh join ni.dah lama tak mengasah bakat grafik ni.hehe…bakat la sangat :p

  6. phoenixstudio pada 28 Jul 2011

    malang sekali aku tak pandai design..=(

  7. sejukstudio pada 28 Jul 2011

    ok. sejuk studio berminat nak sertai.. haha, mesti hebat2 yg masuk

  8. Piratz pada 28 Jul 2011

    Nak test gak la.. haha… $$$

  9. funzool pada 28 Jul 2011

    eh, tapi logo amanz sendiri ada gradient camne?

    • izzatruslan pada 28 Jul 2011

      jadikan dia tak gradient..kena cari alternatif dan kreativiti lain.. :)

      • funzool pada 28 Jul 2011

        kena bagi guideline. kalau tak nanti lari dr branding consistency

        • tekong pada 28 Jul 2011

          t-shirt takde gradient. jadi logo kami tu designer leh flatkan color dia.

  10. Kalamhati pada 28 Jul 2011

    Err tak berapa nk kreatif men’design’..huhu tp boleh cuba..insyaAllah

  11. van der Rui pada 28 Jul 2011

    alamak.. tau tau je sekarang ni tengah sibuk. tapi rugi kalau tak cuba

  12. nizamghazi pada 28 Jul 2011

    nak join!!

  13. wazy pada 28 Jul 2011

    Lumayan juga hadiah tu
    nak join..tapi tak reti design pula :D

  14. Enchik Nine pada 28 Jul 2011

    Terbaek la wahai Encik Aman… :D

  15. terawis pada 28 Jul 2011

    jom pakat ramai2 join, tak dapat no 1 pun ada lagi chance dapat tshirt pree hehehe..

  16. khairil pada 28 Jul 2011

    boleh buat $$$$

  17. haru pada 28 Jul 2011

    pergh ramai otai yg nak masuk tu

  18. Wizurai pada 28 Jul 2011

    tolong undi ajelah!

  19. Anonymous pada 28 Jul 2011

    Susa la kalau pakai facebook like..Kalau yang ramai member atau fan tu, sng2 je mng:’(

    • Aman pada 28 Jul 2011

      sebab tue ada kami tulis yang keputusan muktamad masih ditangan kami. sekiranya sesuatu rekabentuk tue menerima undian yang tinggi, tetapi tidak menarik, dan ada yang lebih menarik, maka kami akan memilih yang lebih menarik.

      p.s : kami pun ada pengalaman terkena dengan keputusan undian berasaskan Facebook. Ahaks~

      • matjoe pada 28 Jul 2011

        ahaks, mcm pernah tahu jer pengalaman yg mana satu….

        • LOL ? pada 28 Jul 2011

          biasa bro..pengalaman mengajar erti kehidupan ~..hahaha !!

      • Omar pada 28 Jul 2011

        +1

      • zuan pada 28 Jul 2011

        keputusan yg adil.. glad to hear that.. :)

      • paeh pada 28 Jul 2011

        kahkah! DiGiWWWOW!

      • Sozai pada 01 Aug 2011

        nk tny skit..
        DPI tu pe?

        • hazari pada 06 Aug 2011

          DPI boleh adjust guna irfanview,

  20. jimmy pada 28 Jul 2011

    baru ku taw font tu namanya kara ben.. huhu

  21. Pemerhati pada 28 Jul 2011

    nak try gak lah.

  22. din je pada 28 Jul 2011

    tbaek dr ladang habak hang

  23. topo pada 28 Jul 2011

    nak kena buang logo aman kalau design ni hoho logo ko ada gradient man

  24. myFirdaus pada 28 Jul 2011

    hahahaa. peluang #terbaik asah bakat

  25. matjoe pada 28 Jul 2011

    aku mai undi jer la. kalau chun aku beli sepam

  26. LOL ? pada 28 Jul 2011

    haha..design baju ??..aku tak de skill langsung..buat lukisan pn macam budak tadika..good luck pada sape2 yang ingin mencuba !! xD

  27. Muhajir pada 28 Jul 2011

    perh..dpat 200 tuh..nak kne try nih

  28. ekspresiruang pada 28 Jul 2011

    font tu lawa dan mmg trademark Amanz. hehe. nk try tp xreti nk design sgt…

  29. Omar pada 28 Jul 2011

    Nak try lah. Dapat yg 10 terakhir tu pun ok gak..hehe~

  30. chidori pada 28 Jul 2011

    eh byk gak hadiah nii.. kena try gak nii hehe.. $_$

  31. luqman hakim pada 28 Jul 2011

    menarik…!

  32. zuan pada 28 Jul 2011

    huhu menarik. gemar bab2 design ni

    • zuan pada 28 Jul 2011

      err boleh hantar lebih dari 1 design???

  33. zyee pada 28 Jul 2011

    ada tak certain words yang wajib ada dalam design?

  34. Firdouss pada 28 Jul 2011

    Menarik gak ni. Nak try lah! Ada dua minggu lagi :D

  35. Piratz pada 28 Jul 2011

    Tak de font lain ke?

  36. syafieq pada 28 Jul 2011

    << pengundi sahaja

  37. ariff pada 28 Jul 2011

    harap tshirt eksklusif untuk reward tu adalah eksklusif dan lawa dan bukan untuk dijual dan high quality. aku suka benda eksklusif.

  38. ali mamak pada 29 Jul 2011

    yezza… harap bukan utk dijual la baju 2..

  39. aizuddin pada 29 Jul 2011

    ada masa boleh try jugak ni

  40. irfan pada 30 Jul 2011

    nak antr kat mne ??
    FB bole x ??

  41. abdusfauzi pada 31 Jul 2011

    taknak masuk la camni.
    banyak sangat pro masuk.
    gua tolong tengok je la. huhu

  42. NoktahHitam pada 31 Jul 2011

    300 dpi agak keterlaluan. Bukannye nak print photo pon. Sekadar 20-50 dpi sudah. Tak pon 1024 x 800 px.

    • Sozai pada 01 Aug 2011

      DPI pe ey?

  43. Sozai pada 01 Aug 2011

    DPI tu pe ye?

    • brobard pada 02 Aug 2011

      wa pn xtau.. hehe

    • van der Rui pada 07 Aug 2011

      dot per inch. google pun boleh kan.. =)

  44. Muhammad Iqbal pada 02 Aug 2011

    nak join, tapi segan pulak nak mendesign ni..hmm

    • Ikhwan pada 06 Aug 2011

      Kalau segan macamana nak berjaya ye dak?

  45. hafyzkun pada 08 Aug 2011

    admin,

    1) boleh send berapa penyertaan ni admin?

    2) t-shirt tu mesti kaler putih? atau boleh submit kaler lain?

    • Aman pada 08 Aug 2011

      1) Boleh jer hantar seberapa banyak yang nak.

      2) Tak semestinya. Boleh jer hantar warna lain.

  46. Liyana Ahmad pada 23 Aug 2011

    result yg len da kua lbm ek?

  47. syihab pada 22 Sep 2011

    nak test bakat lah

  48. Mazrie pada 07 Jan 2012

    dah melepas….


Trackbacks/Pingbacks

  1. Promo : Rekaan T-Shirt “Amanz” Antara Yang Terpilih | SEJUKSTUDIO

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader