13Jul

Photovine Dibuka Untuk Pra-Daftar – Video Rasmi Diperlihatkan

Google, Perisian

Kini, sedikit demi sedikit info berkenaan dengan aplikasi Photovine daripada Google mula kedengaran. Selepas melancarkan laman web mereka tempoh hari, kini sebuah video ynag memperlihatkan aplikasi Photovine turut dimuat-naik, serta membuka pra-daftar, membolehkan para pengguna meminta jemputan daripada Photovine.

Secara ringkasnya, aplikasi Photovine ini membolehkan para pengguna berkongsi gambar dengan lain dengan menggunakan tag padanya, dan membolehkan para pengguna mengikuti perkembangan dan gambar-gambar lain yang dikongsikan yang lain menggunakan tag. Mungkin juga ianya akan berfungsi sebagaimana hashtag berfungsi pada Twitter, tetapi ianya lebih kepada gambar dan imej.

Para pengguna yang ingin mencubanya, boleh mendaftarkan minat pada halaman rasmi Photovine, dimana jemputan menggunakan aplikasi tersebut akan bermula daripada penghujung bulan hadapan. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Opera 10.50 : Pelayar Web Terpantas Di Dunia
Chromium Mencecah Angka Versi 7
Firefox 5.0, 6.0 Dan 7.0 Bakal Dilancarkan Tahun Ini
Pelayar Web Opera Untuk iPad Dilancarkan
Evolusi Muka Hadapan Tiga Laman Popular Dunia Diperlihatkan

3 Komen

  1. izwannizam pada 13 Jul 2011

    haih kena tunggu invitation jugak

  2. Kalamhati pada 13 Jul 2011

    tq bro!..interesting ni..

  3. hazari pada 13 Jul 2011

    jadinya, photovine bukan tempat untuk store gambar, tapi lebih kepada micro-blogging ala ala image dan video ? eh, ? instead of twitter yang micro-blogging ala ala penulisan ? oww..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader