31Jul

Plugin Butang Sosial Amanz Untuk WordPress Dilancarkan

Sumber Terbuka, Web 2.0

Seperti sedia maklum, hari demi hari, makin ramai yang meniru bentuk bagaimana kami paparkan butang-butang Facebook Like, Twitter dan Google +1 di Amanz ini. Hanya beberapa pembaca sahaja meminta kebenaran, seperti Piratz dan Azah, dan selebihnya boleh dikatakan mencuri beberapa kod kami untuk kegunaan mereka. Dan, untuk mengatasi budaya mencuri yang semakin berleluasa ini, kami di Amanz mengambil langkah untuk mengeluarkan plugin-nya secara rasmi.

Buat masa ini, kami hanya mengeluarkan plugin ini untuk WordPress terlebih dahulu, dan akan diikuti dengan sokongan untuk pengguna Blogger dalam masa beberapa hari lagi. Melalui plugin khas yang dikeluarkan oleh Amanz ini, para pengguna boleh mengawal pelbagai perkara, termasuk memaparkannya dihalaman yang mana, menggunakan akaun tweet yang mana dan sebagainya melalui panel khas untuk plugin tersebut.

Untuk makluman semua, untuk plugin ini, ianya menggunakan sebahagian daripada kod-kod rekabentuk tema Amanz yang digunakan sekarang ini, yang mana telah dibangunkan oleh Flisterz, dan ianya telah dijayakan dengan pertolongan daripada Eizil.

Buat masa ini, kami melabelkannya sebagai beta terlebih dahulu, dan para pengguna boleh mengajukan pelbagai soalan berkaitan dengannya melalui halaman ini, sementara halaman rasmi untuknya dilancarkan.

Versi Blogger dan yang lain akan menyusul tidak lama lagi.

Kandungan di Amanz menggunakan perlesenan kandungan dibawah Creative Commons yang mana memerlukan para pengguna membuat pautan kembali kepada Amanz, dan kami berharap budaya mencuri kod-kod sumber ini tidak berlaku pada masa hadapan lagi. Anda hanya perlu hubungi kami, seperti mana yang telah diminta oleh salah seorang pembaca, dan kini, plugin ini telah dikeluarkan dan boleh digunakan oleh semua.

Download
Kemaskini versi 1.0.1 : Menyelesaikan masalah berkaitan dengan halaman utama, dan juga masalah dengan pelayar web Firefox.


Twitter Bernilai Lebih $600 Juta?
MySpace Bakal Dijual Pada Harga Sekitar $30 Juta?
Twitter Untuk BlackBerry 2.1 Bakal Menyertakan Sokongan Multi-Akaun
Konsep : Rekabentuk Antaramuka Ubuntu Pada Telefon Pintar
MySpace Memperkenalkan Fokus Sepenuhnya Kepada Muzik Dan Integrasi Facebook

76 Komen

  1. Piratz pada 31 Jul 2011

    Kalau nak lagi lawa gi blog aku.. hahaha…

    • Piratz pada 31 Jul 2011

      satu lagi.. button facebook tue takde option tukar ke facebook like ke?

      • Aman pada 31 Jul 2011

        memang pakai Facebook Like pun. Screenshot saje menipu. Haha.

        • khairil pada 31 Jul 2011

          fuyooooooo piratz antara blogger yang ber’etika, tahniah la

          • Piratz pada 31 Jul 2011

            Nama jerk Piratz… Tapi bukan Pirate…

  2. Firdouss pada 31 Jul 2011

    Cun! thanks Aman!

  3. topo pada 31 Jul 2011

    yeah ini la yang aku tunggu-tunggu

  4. Anzur Anuar pada 31 Jul 2011

    terbaek! (versi BoBoiBoy)

  5. Azah pada 31 Jul 2011

    waaah… nama ai ada di situ.. thank yu aman… sekarang jugak ai download.. :D
    eh, tp x download pun x pe.. sbb ai dh amek code yu. :P
    lenkali la ai download. :D

  6. syahrilhafiz pada 31 Jul 2011

    pergh hebakk!!

  7. ariff pada 31 Jul 2011

    release kat WP depository, kat official page boleh letak backlink and dalam plugin boleh letak backlink. Satu dunia punya backlink boleh dapat.

    • Aman pada 31 Jul 2011

      tengah finalize sikit, dan prepare page dalam english. :D

  8. faiz pada 31 Jul 2011

    kenapa tak boleh tekan download?

    • Aman pada 31 Jul 2011

      klik-kiri. klik-kanan memang disable.

      • faiz pada 31 Jul 2011

        klik kiri? nanti kuar satu page ada button kan? takleh pun..huhu

        • faiz pada 31 Jul 2011

          owh ok dah boleh..haha..

        • Eizil pada 31 Jul 2011

          aku try boleh download takder masalah… :D

  9. ekspresiruang pada 31 Jul 2011

    mmg simple dan nampak elegan amanz punya. xhairan ramai yg copycat

    • arnamee pada 06 Aug 2011

      setuju…sebab ramai nak tunjuk terror :P

  10. Wan Perlis pada 31 Jul 2011

    boleh nak theme macam amanz?

    • Aman pada 31 Jul 2011

      mungkin selepas kami bertukar tema tidak lama lagi.

      • phoenixstudio pada 31 Jul 2011

        theme pn mcm ade je copy..haha

      • topo pada 01 Aug 2011

        ooo fine.. aku nak tak bagi. hahaha

      • Wan Perlis pada 01 Aug 2011

        wow thanks amanz.mmg minat sgt dgn theme ni

        • kyrul pada 07 Aug 2011

          aku pun nak theme ni -.-

  11. Hafiz pada 31 Jul 2011

    Nice, tq amanz lps ni buat plugin lain plak hehe :P

  12. akmalhisyam pada 31 Jul 2011

    whoa!
    stail2..

  13. FD pada 31 Jul 2011

    waa… amanz dan eizil dan flisterz sgt cute

  14. phoenixstudio pada 31 Jul 2011

    yg dekat fikri.my sme?aq pki yg dia bg..hoho

  15. NoktahHitam pada 31 Jul 2011

    Well done.

  16. Wizurai pada 01 Aug 2011

    TQ sebab ada plugin camni…

  17. sejukstudio pada 01 Aug 2011

    baru la aMAN tappppp hehe

  18. Scromix pada 01 Aug 2011

    hang memula pakai ke aman ?

    • Aman pada 01 Aug 2011

      memula pakai? apakah?

      • khairil pada 01 Aug 2011

        maksud skomik, hang ke org yg pertama guna plugin ni, ke dah ada org lain sebelum hang dah guna

  19. sankai pada 01 Aug 2011

    nice..boleh try nie..ehehheheh..

  20. EddyGeek pada 01 Aug 2011

    aku rasa ni 1st time boleh download fail terus dari blog amanz. haha

  21. alan pada 01 Aug 2011

    Nice plugin!

    I like it

    :)

  22. n3dmax pada 01 Aug 2011

    Nice!!!

  23. Sir Marcello pada 01 Aug 2011

    semalam aku dah cuba masukkan beberapa code untuk mendapatkan fungsi diatas…menelaah sehingga lewat pagi…result? berjaya..tapi ada beberapa kelemahan yang ketara…

    thanks to phoenix-studio memberi link ke sini…

    pandangan aku, dengan adanya plugin seperti ini..banyak membantu para blogger dan creator sendiri..kira ada fungsi customize dan sbgnya…nak sembang banyak2 pun..aku baru jer belajar…hehehe…btw, thanks Amanz

    selamat berpuasa~

  24. Shafique pada 01 Aug 2011

    Wohh!~ Leh cuba nie amanz! Thanks sangat2!~

  25. Shafique pada 01 Aug 2011

    Lupo lak apa ke heynyer klik download tak jadi apa2 eh?

    • Aman pada 01 Aug 2011

      klik-kiri, nanti ada kotak kuar, baru boleh download. aku disable right-klik download. hehe.

  26. matjoe pada 01 Aug 2011

    tunggu yg blogger punya la

  27. fadzioriq pada 01 Aug 2011

    fuh nasib aku xmencilok code dia~tp aku tgk gak source code dia sbb mmg button tuh letak cantik je kat bawah tuh~hhehe

  28. wazy pada 01 Aug 2011

    Akhirnya…
    plugin ni dah release yer
    hehehe wajib download ni

  29. Twit N View pada 01 Aug 2011

    thx abg amanz coz sudi hasilkan plugin khas…kami tak curi pun code sblom ni, pinjam jer…hehe

    • tekong pada 01 Aug 2011

      dah pinjam sila pulangkan :p

  30. andyhowtt pada 01 Aug 2011

    terbaek hahahaha…aku tunggu theme nie direlease :)

    • Piratz pada 01 Aug 2011

      memang tak kan dapat la…

  31. syafiq pada 01 Aug 2011

    nasib aku tak mencuri. tak reti pun nak curi2 kod dari blog orang ni. noob kot.

  32. terawis pada 01 Aug 2011

    sekadar nak letak kat page fb leh ke? hahaha.. jumu..

  33. Ahmad Fikrizaman pada 01 Aug 2011

    Owh.. button ni memang amanz punya rupanya.. sory la.. x tau la pulak.. dah ubah, tapi terpaksa tiru butang lain..

  34. MaKR pada 01 Aug 2011

    Install ni, template blog aku terus lari.

    Readmore tak berfungsi, sidebar tercicir.

    Malas lak nak cek skng, delete lu. :-D

    • MaKR pada 02 Aug 2011

      Versi 1.0.1 dah fix maslah ni. Thx @amanz. :-)

  35. Pakdi pada 01 Aug 2011

    Cuba guna dan bila dan install plugin ini lari sikit. Kena deactivate semula.

    • MaKR pada 02 Aug 2011

      Aku deactivate still sama, kena delete dulu baru ok balik template tu. T_T

    • MaKR pada 02 Aug 2011

      Versi 1.0.1 aku try dah ok. :-)

      No prob.

  36. shaharil pada 02 Aug 2011

    Terbaiklah amanz. Semoga usaha sebegini diteruskan lagi.

  37. Eriyza pada 02 Aug 2011

    Caiyolah Amanz.
    Heharap butang tuk Blogspot
    kuar dgn kadar cepat. =)

  38. Heiswayi Nrird pada 02 Aug 2011

    Amannnnn…thats kool~ haha

  39. syafiq pada 03 Aug 2011

    emm dalam entri tulis 1.0.1 tapi bila install katanya 1.2. ke guane :p

  40. Izwan pada 03 Aug 2011

    takleh download dari IDM..kena bukak IE utk download..fuh ~

  41. Fadli Idris pada 04 Aug 2011

    Itu plugin untuk popular post pakai plugin apa, boleh tau? terima kasih. Salam damai dari Aceh, Indonesia.

  42. lepat pada 05 Aug 2011

    Thankz bro amanz.saya sudahpun menggunakan plugin sosial bro ni.

  43. amoi pada 05 Aug 2011

    blog aku dah pakai plugin ni. haha

  44. Shafique pada 06 Aug 2011

    Ahahaha jem sket ada idm tak leh dunlud even connection 1 jer. Tekan insert pon namo jadik. IE9 download page kuar tapi bila klik takder apa2 jadik.

  45. acad pada 06 Aug 2011

    sape blh tlg ,facebook button tak kuar plak

  46. megat pada 06 Aug 2011

    hebat! sudah letak kat blog aku ;)

  47. fendidahada pada 06 Aug 2011

    cayalah aman..berkongsi amalan mulia. semoga amanz.my terus maju :)

  48. Cikgu Hairul pada 12 Nov 2011

    Thanks. Plugin yang best. Sebelum ni pasang manual. Belajar dari blog kengkawan.

  49. akubiomed pada 13 Jan 2012

    Terima kasih banyak-banyaklah bro. Lama juga saya mencari sosial button yang sesuai. Selama ini mengunakan plugin AddThis.


Trackbacks/Pingbacks

  1. Kembalikan Riben Merah PunchTab di Butang Google +1 | Adam Roslan
  2. 16 Cadangan Plugin Wordpress Penting Untuk Blog - izwanyusof

Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader