Cari @ Amanz

Dengan kebanyakkan penyedia dan syarikat telekomunikasi tempatan kini dalam proses menguji dan menaik-taraf rangkaian mereka kepada LTE, kini sebuah syarikat telekomunikasi baru muncul di Malaysia, iaitu Puncak Semangat Sdn Bhd, yang memperkatakan mereka bakal menyediakan perkhidmatan LTE atau 4G di Malaysia tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui yang mana bilakah mereka akan melancarkan perkhidmatan mereka kepada umum. Maklumat lanjut mengenai PSSB juga masih samar-samar buat masa ini. Ianya hanya diketahui yang mana PSSB telah ditubuhkan pada 1993 yang mana syarikat mereka lebih menjurus kepada kepakaran dalam bidang telekomunikasi dan mempunyai sebanyak lima buah anak syarikat.

Jikalau dilihat dalam arena telekomunikasi 4G tempatan, buat masa ini, hanya dua syarikat yang aktif di Malaysia, iaitu P1 4G dan juga Yes4G, selain beberapa penyedia telekomunikasi, seperti DiGi, Maxis dan Celcom yang telah memulakan ujian LTE mereka. Rangkaian LTE juga sebelum ini disasarkan akan digunakan secara meluas di Malaysia bermula tahun 2013 ataupun 2014.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd