Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan kebanyakkan syarikat telekomunikasi tempatan mula menguji dan membangunkan rangkaian LTE mereka, DiGi turut tidak ketinggalan, dimana kini mereka turut sama dalam fasa ujian, dan dijangka bakal mempunyai rangkaian yang menyokong LTE sebelum berakhirnya tahun 2012 kelak.
Namun begitu, ianya masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan, memandangkan spektrum untuknya masih lagi belum diperkenalkan. Pengagihan spektrum ini berkemungkinan akan diumumkan oleh pihak kerajaan tidak lama lagi.
Pada masa yang sama, DiGi turut sama mengumumkan yang mana mereka kini lebih memfokuskan untuk membangunkan rangkaian yang menyokong data, serta pada masa yang sama memperluaskan kawasan liputan dan juga kapasiti serta kualiti rangkaian tersebut. Sebelum ini, DiGi turut sama telah mengumumkan kerjasama bersama-sama Celcom untuk berkongsi infrastruktur, dan pada masa yang sama membangunkan rangkaian mereka.
3 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Maklumat yang anda kongsikan memang amat berguna bagi pihak yang terlibat dengan industri hiliran dalam sektor ini. Sebagai tanda ucapan terima kasih, saya telah menekan G+1Button dan adalah diharap Google SERP mengindekskan laman anda ke tahap teratas.
LTE tu haper…tlg bagi pencerahan skit bos…hehehe
Menarik… Semakin ramai yg menerokai industri ini, semakin baik utk pengguna.
Harga servis yg ditawarkan akan menjadi lebih berpatutan.