09Jul

Salamfone Turut Sama Menawarkan Perkhidmatan Internet Mudah-Alih

Telekomunikasi

Setelah memperkenalkan perkhidmatan mereka pada bulan April yang lepas, kini Salamfone turut sama menyediakan perkhidmatan internet mereka, dimana mereka memperkenalkan dua pakej, iaitu untuk pengguna telefon pintar dan juga untuk para pengguna yang hanya inginkan pelan data sahaja.

Walaubagaimanapun, harga untuk kedua-dua pakej itu adalah serupa, dimana untuk sebulan, mereka menawarkan penggunaan sebanyak 1GB data pada gara hanya RM38 sahaja. Selain daripada itu, untuk pengguna peranti pintar, mereka boleh melanggan pakej harian pada harga RM5 untuk 100MB, atau mingguan 200MB pada harga RM10 atau pun pelan mingguan dengan penggunaan data tinggi, iaitu RM20 untuk 500MB.

Harga untuk penggunaan kuota tambahan masih tidak diketahui buat masa ini.

Tips daripada Omar.


Berita Teknologi Malaysia Sepanjang 2008
Maxis Membawakan Kandungan Mudah-Alih Piala Dunia
DiGi Menawarkan Opera Mini 6 Secara Percuma
Celcom Menawarkan Kandungan Digital Kepada Para Penggunanya Melalui TheCube
DiGi Menawarkan Nokia Lumia 800 Bermula RM1099

10 Komen

  1. Kaixer pada 09 Jul 2011

    Mahal la. DiGi plan 3gb = RM38 + RM2 billing = RM40.

    500MB x 6 kali = 3GB

    RM20 x 6 = RM120.

    Wooo~ Mahal la.

    • KawanGeek pada 10 Jul 2011

      hope lepas ni turunkanlah kos ni..buat masa ni mmg xle bersaing. ni siap leh buat amal. bila topup sedikit daripada itu akan sedekahkan, kiranya topup dpt pahala. cool. hehe :

  2. din je pada 09 Jul 2011

    kt mn ad jual sim card salamfone ni ye?

    • KawanGeek pada 10 Jul 2011

      em.. ada dpt info, dapatkan di petronas dan 7e. mungkin belum keseluruhan lagi.

  3. shaq pada 09 Jul 2011

    salam…..best la salamfone neh….kat mane nak beli neh??

  4. nizamghazi pada 09 Jul 2011

    igt murah tdi

  5. Wizurai pada 10 Jul 2011

    kalau mahal sangat sape nak beli?

  6. funzool pada 10 Jul 2011

    rasa ada kesilapan (baris 6):
    gara hanya RM38 > harga hanya RM38

  7. aimannajmy pada 11 Jul 2011

    first time dengar salamfone.. dari segi coverage lak camane

  8. nur pada 29 Aug 2011

    Salam. . .bagaimana nk dapatkan broadband salamfone ni ?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader