29Jul

Samsung Galaxy Tab 10.1 3G Bakal Berharga RM1899?

Gajet

Dengan pelancaran Galaxy Tab 10.1 yang kini disasarkan pada bulan Ogos, sedikit demi sedikit info berkaitan dengannya mula kedengaran. Seperti sedia maklum, ianya akan dilancarkan terlebih dahulu bersama Celcom, yang mana akan membawakan model 16GB 3G, dan diperkatakan akan berharga RM1899. Namun pakej bersama Celcom masih tidak diketahui.

Samsung Galaxy Tab 10.1

Selain daripada bersama Celcom, ianya turut sama akan ditawarkan di pengedar rasmi Samsung yang lain, serta mungkin ditawarkan oleh Maxis setelah tempoh eksklusif pendek bersama Celcom tamat.

Buat masa ini, harga tawaran dan pakej yang bakal ditawarkan oleh Celcom masih tidak diketahui lagi. Namun, ianya disasarkan dengan pakej Celcom, ianya mungkin akan berharga lebih kurang antara RM1200 ke RM1400. Walaubagaimanapun, harga akhirnya masih tidak diketahui buat masa ini.


Maxis Mulakan Pendaftaran Untuk BlackBerry Bold 9900
DiGi Turut Sama Memulakan Pendaftaran Minat Untuk BlackBerry Bold 9900
Adakah Hanya Celcom Dan DiGi Sahaja Yang Akan Menawarkan Nokia N9?
Jualan Peranti Keluarga Samsung Galaxy S Melangkaui Angka 30 Juta Unit
Harga PlayBook Dikemaskini Semula - Kini Bermula Dari Serendah RM1133

20 Komen

  1. hahcore pada 29 Jul 2011

    harga wifi shja berapa??

  2. Wan pada 29 Jul 2011

    dapat 1 mantap ni
    betul2 made in korea ka ni?

  3. penyubiru pada 29 Jul 2011

    1899 ? beza 300 ngan galaxy tab 7″. huhu

  4. Ikmal Redza pada 29 Jul 2011

    Apsal iPad2 lagi murah dari benda alah ni? Tak paham betul la.

    • Aman pada 29 Jul 2011

      ipad 2 16gb 3G sama juga, RM1899

  5. abdjabbarahamid pada 30 Jul 2011

    mari banyakkan lagi syarikat telco bawa masuk benda ini. turunkan lagi harga! yahooo!

  6. zulmalc pada 30 Jul 2011

    kene tengok pakej celcom berbaloi ke x….prepaid internet celcom macam cun jer utk tablet..hehe..tapi aku ttp tunggu yang versi kecik sket..

  7. bobo pada 30 Jul 2011

    +1

  8. ekspresiruang pada 30 Jul 2011

    ANGKUT!

  9. jimmy pada 30 Jul 2011

    agak mhal la jugak…

  10. beburung pada 30 Jul 2011

    Rebiu!

    dan jangan lupa, Raya Giveaway! :-)

  11. Najib pada 30 Jul 2011

    asyik Maxis je dapat dulu boring gak.. sekarang Celcom dapat, sila bagi pakej terbaik sampai orang tak nak amik kat Maxis lagi dah.. tapi paling penting, Samsung kena bagi harga yang buat orang tanak beli iPad2 :)

  12. oskortos pada 30 Jul 2011

    wooohooo!!! wi-fi version berapa harga ? kalau 1499 macam ipad2 mmg aku angkut galaxy tab ni

  13. wazy pada 30 Jul 2011

    menarik…harga dia pun boleh tahan
    kaalu dapat satu ni,alangkah seronoknya

  14. sharul pada 30 Jul 2011

    ada external keyboard kan

  15. zulware pada 30 Jul 2011

    beza tak banyak dengan galaxy tab 7″..

  16. lanzz pada 01 Aug 2011

    perh..indahnya dunia kalau aku memiliki gadget ini..lol

  17. baDboyzs pada 01 Aug 2011

    Tunggu special Raya offer 60% off ! Untuk first 300 customers ?
    tentu bolih Q 2 hari 1 malam !
    LOL !
    :)

  18. Muhammad Iqbal pada 02 Aug 2011

    berbaloi beli ni ke laptop terus?

  19. AmenoWorld pada 23 Dec 2011

    IPAD2, ipad2 lah.. galaxy, galaxy lah.. benda neh bukan kira best ka apa.. ia ikut penggunaan masing2.. apa yang kita mahu buat dengan satu2 benda.. aku pun tengah cari dan bandingkan antara note, tab dan ipad2 sekarang neh tapi ipad2 dah dicampak ke tepi setelah aku faham sangat kegunaan aku ialah hanyalah update blog utk maki hamun.


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader