22Jul

Sebanyak 14.8% Pelayaran Internet Melalui Telefon Bimbit Di Malaysia

Lain-lain

Walaupun penggunaan telefon pintar semakin meningkat dari hari ke hari dalam pelayaran web, penggunaan telefon bimbit biasa turut sama tidak ketinggalan. Melalui data yang dikeluarkan oleh comScore baru-baru ini, ianya memperlihatkan hampir 14.8% trafik di Malaysia masih hadir daripada penggunaan telefon bimbit biasa, berbanding telefon pintar yang lain.

Perkara ini, sekaligus menjadikan pengguna telefon bimbit di Malaysia turut sama gemar menggunakan telefon mereka untuk melayari laman web, selain pengguna telefon pintar yang lain. Daripada data yang dikeluarkan, ianya turut memperlihatkan yang mana hampir 28.1% trafik hadirnya daripada iPhone, 11.5% daripada Android dan 12.2% lagi daripada peranti pintar yang lain.

Walaubagaimanapun, pelayaran internet buat masa ini masih lagi aktif menggunakan komputer dan juga komputer riba yang mana berjumlah lebih 96.4% dan hanya sebanyak 3.6% sahaja pelayaran internet di Malaysia menggunakan peranti mudah-alih.


UniFi Di Tawarkan Dalam 3 Kelajuan Berbeza
Blackberry Mungkin Di Haramkan Di Malaysia
Segala Pertanyaan Mengenai MY1OS Terjawab
Permainan CIMB Octo Explorer Dilancarkan Untuk Android Dan iOS
JomTTS - Nikmati Teh Tarik Dengan Mudah Bersama Rakan-Rakan Lain

6 Komen

  1. sejukstudio pada 22 Jul 2011

    semua kerana data plan utk smartphone. hehehe

    • IzhamHasan pada 22 Jul 2011

      aku rasa masa terluang dkt tmpt kerja,org malaysia skrg ni isikan dgn bermain pesbuk..pasal wifi berada dimana² heheh (aku amik fakta dr diri aku tuh)

    • myFirdaus pada 22 Jul 2011

      data plan yg menguntungkan telco.

  2. myFirdaus pada 22 Jul 2011

    i’m still sony ericsson normal phone user. huhuu

    • myFirdaus pada 22 Jul 2011

      but now plan to migrate to smartphone plak. android ftw…

  3. Selina pada 22 Jul 2011

    Masih banyak ibubapa guna telefon bimbit biasa, orang tua juga.

    Tapi, orang2 muda suka smartphone and iphone Haha.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader