06Jul

Semua Google Profiles Akan Ditetap Sebagai Umum Pada 31 Julai

Google

Dalam usaha untuk berpindah dan menarik pengguna ke rangkaian sosial Google+, gergasi internet itu akan mula mengubah semua akaun Google Profiles yang ditetapkan sebagai peribadi bermula 31 Julai ini kepada umum. Namun begitu, hanya nama dan umur sahaja akan diperlihatkan kepada umum, dan pengguna boleh mengawalnya dengan mudah.

Ianya juga mungkin kerana sebahagian daripada syarat untuk menggunakan Google+, dimana memerlukan pengguna menetapkan Google Profiles kepada tetapan umum. Namun begitu, para pengguna tidak perlu bimbang berkenaan dengan tahap privasi pada Google+, memandangkan buat masa ini, ianya memberikan sokongan privasi yang amat bagus berbanding dengan laman sosial yang lain, dimana anda boleh menetepkan apa yang anda kongsikan dengan siapa melalui fungsi Circles yang didatangkan padanya.

Walaubagaimanapun, bagi yang tidak berminat, mereka boleh sahaja memadam akaun Google Profiles mereka dengan mudah melalui halaman tetapan pada Google.


Google Wave - Kolaborasi Masa Nyata Lebih Mudah
Google Bakal Melancarkan Perkhidmatan Dinamakan Photovine
Google Turut Memperkenalkan Antaramuka Baru Mereka Pada iGoogle
Infografik : Google vs Facebook Dari Segi Privasi Dan Sekuriti
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 26 Januari

4 Komen

  1. izwannizam pada 06 Jul 2011

    mungkin ini pengganti terbaik utk facebook yg semakin membosankan

  2. Zulhilmi Zainudin pada 06 Jul 2011

    Semua hari ini berkait dengan privacy. Penyedia khidmat laman sosial harus sensitif dengan isu ini. Jangan hanya kerana isu privacy, pengguna lebih ramai ‘berhijrah’ ke ‘port’ baru ;)

  3. Wan pada 06 Jul 2011

    please invite aku ke google +


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader