READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Setelah dua bulan membuka undian untuk Anugerah Internet DiGi WWWOW, kini ianya telah pun menghampiri penamat, dimana pemenang bakal diumumkan dalam tempoh 10 hari lagi, iaitu pada 12 Julai 2011, dan melalui artikel khas ini, kami memperlihatkan senarai enam nama terhangat untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

Top Kay Poh

Melalui kategori Top Kay Poh, ianya menumpukan kepada blog dan laman yang lebih kepada berita-berita terkini, dan juga gosip semasa. Lebih daripada 43 blog dilihat bertanding dalam kategori ini, dan hanya satu pemenang akan dipilih, membawa pulang hadiah tajaan pihak Nuffnang.

Calon-calon Dengan Undian Tertinggi : Lee Zi Wen,, Limau Ais, Momento, Oh! Artis, BeautifulNara dan juga Bicara Mak Dara.

Fave Tech Head

Kategori Fave Tech Head pula menumpukan kepada blog-blog yang bercirikan teknologi dan juga IT, dimana hadiah untuk kategori ini ditaja oleh laman dan forum IT terkemuka di Malaysia, iaitu Lowyat.Net. Sebanyak lebih daripada 83 blog dan web tersenarai pada kategori ini.

Calon-calon Dengan Undian Tertinggi : The Techno Hut,, My eTech9, Amanz Network, Sony Rolly, Sir Games dan juga Receivo.

Fave Malaysian Female Online Celebrity

Seperti mana tajuknya berbunyi, ianya lebih kepada selebriti wanita atas talian. Namun begitu, sepatutnya kategori ini lebih memfokuskan kepada mereka-mereka yang popular atas talian, tetapi sebaliknya difokuskan kepada artis-artis yang sememangnya telah popular melalui filem dan lagu. Untuk kategori ini, hadiahnya ditaja oleh MSN dan seramai lebih 28 artis bertanding padanya.

Calon-calon Dengan Undian Tertinggi : Stacy, Siti Nurhaliza, Lisa Surihani, Ana Raffali, Heliza Helmi, Proudduck.

Fave Malaysian Male Online Celebrity

Sama seperti untuk wanita, DiGi WWWOW turut menyediakan kategori untuk laki-laki, yang mana menyaksikan lebih 27 orang bertanding, merebut hadiah tajaan MSN.

Calon-calon Dengan Undian Tertinggi : Anwar Hadi, Nicholas Teo, Zizan, Shahir, Faizal Tahir, Aznil Hj. Nawawi.

Best Internet For Good Award

Anugerah untuk kategori ini mencari laman terbaik yang mana memfokuskan kepada aktiviti atas talian yang menarik dan bagus. Lebih daripada 124 laman bertanding dalam kategori ini, dan ianya ditaja oleh Yahoo! Malaysia.

Calon-calon Dengan Undian Tertinggi : The Creative News, Anwar Hadi, Momento, HotelRates2U, Berry Berry Easy, Malaysia Free Maps.

Top Makan-Makan Expert

Kategori tajaan DiGi sendiri ini mencari blog terbaik untuk rujukan mengenai makanan di Malaysia mahupun dimana-mana. Lebih 105 blog tersenarai dalam kategori ini.

Calon-calon Dengan Undian Tertinggi : Oh! Malaysia, Momento, Dapur Tanpa Sempadan, Goodie Foodies, Places and Foods, Restoran Seafood.

Top LOL

Anugerah Top LOL ini dikhaskan untuk laman atau individu yang kelakar dan juga lawak. Anugerah yang mana hadiahnya ditaja oleh Mudah.my ini menyaksikan lebih daripada 146 halaman web dan blog menyertainya.

Calon-calon Dengan Undian Tertinggi : BlogSerius, Onenezz, Anwar Hadi, Miao & WafuPafu, Cisdel dan juga Conteng-Conteng.

Blogger Of The Year

Ini adalah kategori yang menerima penyertaan paling ramai, iaitu sebanyak 918 penyertaan, menyaksikan ramai penulis blog tempatan yang bersaing untuknya, dimana hadiahnya sendiri ditaja oleh Nuffnang.

Calon-calon Dengan Undian Tertinggi : Online Movies TV,, Anwar Hadi, MiaLiana, Ben Ashaari, Global Personal Branding, dan juga Momento.

Best Internet For All Idea

Melalui kategori ini, Anugerah Internet DiGi mencari pemenang untuk idea yang diimplementasikan pada internet yang menarik. Seramai 237 penyertaan bersaing untuk memenangi hadiah yang ditaja daripada Says.my ini.

Calon-calon Dengan Undian Tertinggi : Oh! Malaysia, Lepasan SPM, Maya360, Maaduu TV, Mosque360, dan juga Unscientific Malaysia.

…………..

Walaubagaimanapun, ini hanyalah berdasarkan daripada data yang kami dapat kumpulkan, dan peserta akhir yang dijemput ke malam anugerah, dan juga pemilihan pemenang adalah milik penuh DiGi, yang mana melalui pemilihan senarai komuniti yang terlibat. Pada masa yang sama, mungkin beberapa penyertaan diatas akan dibatalkan penyertaannya kerana mungkin bercanggah dengan pemilihan kategori dan juga bertentangan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Kami akan cuba mengemaskini blog ini secara langsung daripada malam anugerah tersebut kelak, dan tahniah diucapkan untuk semua peserta dan bakal pemenang Anugerah Internet DiGi WWWOW.

Terdapat 45 komen
  1. amanz network.. anda boleh menang.. insyallah :).. congrate masuk slot astro… pemenang sesetengah kategori mungkin akan ada sedikit isu jika ada yang tidak disangka menang anugerah tersebut :P

  2. yang aku xfham satu je. group Fave Tech Head,sony rolly link ke ayampenyek.blogspot

    however, in my opinion. Amanz gonna win this.

  3. Pingback: Keputusan Anugerah DiGi WWWOW Senarai 6 Finalis Terakhir - DenaihatiDenaihati

  4. Pingback: Cayalahhhhh Bicara Mak Dara |

  5. Pihak Digi telah menghapuskan ranking status pada 1 bulan / 3 minggu terakhir sebelum tarikh tamat.. so kita tunggu dan lihat apakah keputusan mereka…. snapshot telah di buat utk bukti.. :)

    • mungkin data pada DiGi berbeza sedikit berbanding daripada data yang kami kumpulkan. seperti yang dinyatakan, segalanya terletak ditangan penganjur. ;)

  6. Tanya sikit geng,

    Kalau dapat emel dari mereka walaupun tidak tercalon dalam list amanz, kira betul ke yea.. ?

    Saya dapat emel, tapi not sure kalau real ke tidak sebab emelnya datang dari sebuah agensi media…

    • tak berapa pasti. mungkin juga ada agensi lain yang menjemput hadirin lain untuk turut sama memeriahkan hari tersebut. ;)

      • tapi emelnya sama dengan sampel gambar aman di atas yang tertulis “click to RSVP”
        tu.

        Calonan yang saya dapat ialah finalist best internet for all ..

  7. Pingback: Thanks for supporting us in DiGi WWWOW Awards! | Unscientific Malaysia

  8. betul ke data yg kamu dapat nie, sebab sy ada terima email dari Nura.Yusof@rapx.xxx.xx 2 hari lepas, dia menyatakan
    “On behalf DiGi Telecommunications, we are pleased to announce that your site is one of the Top 6 nominees for the Best Internet For All Award for the DiGi WWWOW Awards. ” website sy pun tercalon dlm top 6 Best Internet For All.

    hemm.. takpe saya call mereka :)

    • seperti yang kami komen sebelum ini, data ini adalah berdasarkan apa yang kami kumpulkan dan perolehi. ianya mungkin berbeza dengan data daripada pihak DiGi, dan keputusan sepenuhnya adalah milik pihak DiGi selaku penganjur.

  9. Salaam, all.

    Alhamdulillah. Last week, I have finally received 4 invitation passes to attend the DiGi WWWOW Awards 2011. My blog were among the top six nominees for these categories :

    (1) Blogger of the year
    (2) Picture of the year
    (3) Top makan-makan expert
    (4)Top kay poh award

    Congratulations to the other nominees. See you guys, soon!

    Regards.

  10. Pingback: MET9 [blog] » Esok Penentuan Top 6 DiGi WWWOW Awards 2011!

Komen

Nama
Web