Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, Windows XP masih lagi sistem operasi yang paling banyak digunakan di dunia, walaupun Windows 7 sedang meningkat naik penggunaannya dari semasa ke semasa. Kini, Microsoft telah pun mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan menyokong sistem operasi tersebut dalam tempoh 1000 hari akan datang lagi.
Microsoft akan terus menyokong Windows XP untuk lebih kurang 3 tahun lagi, dimana sokongannya akan diberhentikan pada 2014. Bermula 8 April 2014 kelak, Microsoft tidak lagi akan memberikan sebarang sokongan dan kemaskini sekuriti untuk Windows XP, dan meminta mereka mengemaskini kepada versi baru sebelum tarikh tersebut.
Windows XP sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2001, dan kini ianya telah lebih sedekad diperkenalkan, dan masih kekal sebagai sistem operasi paling popular walaupun beberapa versi Windows telah dikeluarkan selepasnya.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Long live Windows XP! At least for another 1000 days :-p OS favourite aku time study dulu…bnyk kali mod interface apa semua, tu yg tak jemu pakai tu…
bila nak bagi free windows xp ni?
Sedih. Giler la terharu. OS yang paling berjaya akan tamat. Ape2 pun Windows7 pengganti yg best.
XP, we will miss u ;(
Dah tu nak guna OS apa pulak nii? XP mode best laa :’(
apa pun…win7 dah ganti…xp alike!hehehehe…kena adakan anjakan masa depan..hehhee…