04Jul

Star Membeli 4.99% Pegangan Pada Catcha Media

Web 2.0

Catcha Media, yang mana merupakan salah satu syarikat media atas-talian terkemuka di Malaysia, yang mana juga merupakan salah satu pemilik laman DealMates, kini terus maju kehadapan, dan hari ini Star Publication telah pun mengumumkan yang mana mereka akan memiliki sebahagian daripada Catcha Media.

Menurut Star Publication, mereka akan mengambil-alih sebanyak 4.99% saham pada Catcha Media pada harga RM4.97 juta. Ini sekaligus menambah lagi beberapa aset dan portfolio untuk Star, dengan terus memegang beberapa nama-nama besar media, termasuk pada atas talian.

Mungkin selepas ini, kita akan dapat lihat Catcha media terus maju kehadapan lagi, apatah lagi mendapat sokongan dan bantuan terus daripada Star Publication. Mungkin, ini juga salah satu usaha Star Publication untuk mengukuhkan kedudukan mereka diarena atas-talian, memandangkan kini ramai beralih kepada dunia digital.


LiteTheme Bakal Menyokong CSS3
Rekabentuk Baru 1tube.my Diperkenalkan Untuk Semua
JomTTS - Nikmati Teh Tarik Dengan Mudah Bersama Rakan-Rakan Lain
PayPal Dan CyberSecurity Malaysia Mempromosikan Bulan Disember Sebagai Bulan Untuk Pembelian Atas-Ta...
Kini Anda Boleh Pelajari HTML Dan CSS Melalui Codecademy

1 Komen

  1. Adam Roslan pada 04 Jul 2011

    Esok lusa tengok Amanz.my buat advertising company pulak. Aku tengok senang sangat Churp Churp dapat ahli, offer iPad 2, modal 3K dah start advertising company. Haha.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader