15Jul

Tiada Menu Start Pada Windows 8?

Microsoft

Seperti sedia maklum, Windows 8 masih lagi dalam pembangunan, dan sebelum ini ianya telah diperlihatkan kepada umum beberapa minggu sebelum ini. Namun salah satu perkara yang kita terlepas pandang adalah menu Start yang biasanya terdapat pada sistem operasi Windows, tiada pada Windows 8 apabila kita klik pada butang Start seperti biasanya.

Tetapi sebaliknya, sekiranya pengguna tekan butang Start pada skrin ataupun kekunci pintasnya pada papan kekunci, ianya terus membawa pengguna kepada desktop utama, dan tidak membuka sebarang menu khas seperti sebelum-sebelum ini. Ianya juga mungkin salah satu perubahan besar yang bakal dibawakan oleh Windows melalui sistem operasi Windows 8
mereka.

Windows 8 Beta dijangka bakal dilancarkan sekitar bulan September atau Oktober kelak, dimana padanya kelak, kita akan ketahui lebih banyak perkara menarik berkenaan sistem operasi generasi baru Windows. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Lihat pada minit ke-12 dan juga 15:30 untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.


Perkara Baru Pada Windows 7 Build 7048
IE9 Platform Preview 4 Sedia Di Uji
Kemaskini Windows Phone Ditangguhkan Ke Bulan Mac?
Windows 7 SP1 Sedia Dimuat-Turun
Nokia Maps Dan Bing Maps Memperkenalkan Rekabentuk Yang Selari

13 Komen

  1. sazuwi pada 15 Jul 2011

    menu start trademark tue..

  2. arifcool pada 15 Jul 2011

    konon nak lain dari yg lain la ni. -..-

  3. SJ pada 15 Jul 2011

    cool giler windows 8 tablet

  4. ZoOL pada 15 Jul 2011

    Kalo korang tgok betul2, Start Menu mmg ada la.. logo cam Vista/7 tu.. korang tak prasan ke?yg die display tu alternate interface untuk Windows 8.. Windows 8 ada 2 jenis UI, satu yg traditional (cam Windows 7, satu lagi Metro UI cam WP7)

    • Fazreen pada 16 Jul 2011

      Ni mesti xpaham..button start menu dgn start menu lain..button dia mmg ada cuma bila tekan dh xada start menu..terus ke dekstop..

      • man22 pada 16 Jul 2011

        amanz sepatutnya lebih jelas tentabg start .Dia kena bagitahu start button masih ada agar t
        agar pembaca boleh membezakan mana start button dan menu

        • Aman pada 16 Jul 2011

          sekiranya pengguna tekan butang Start pada skrin ataupun kekunci pintasnya pada papan kekunci, ianya terus membawa pengguna kepada desktop utama, dan tidak membuka sebarang menu khas seperti sebelum-sebelum ini.

          Kan ada tue. :D

  5. anyyzen pada 15 Jul 2011

    berapa gig guna ram nih 5gb ? 10gb

  6. mdfaizal pada 16 Jul 2011

    menarik, mungkin kah ubuntu 11.10 akan guna konsep sama?

  7. reezluv pada 16 Jul 2011

    masih lagi misteri..:D

  8. abbey pada 16 Jul 2011

    lain kali jangan baca tajuk tanpa baca artikel….

    • abbey pada 16 Jul 2011

      @ZoOl

  9. syahrilhafiz pada 17 Jul 2011

    tiru ubuntu lateww :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader