20Jul

TM Mengesahkan Pencerobohan – Mengatakannya Isu Lama Dan Sekuriti Telah Diperkuatkan

Sekuriti

Lanjutan daripada artikel yang ditulis pagi tadi, kini Telekom Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka, dan melaluinya TM mengesahkan perkara tersebut, dan turut mengatakan yang mana ianya merupakan isu lama, yang mana telah berlaku pada Disember 2009.

Sejak daripada itu, TM mengatakan telah mengambil langkah berjaga-jaga serta mengetatkan sekuriti mereka, selain turut sama mengadakan beberapa audit berkaitan sekuriti.

Pada masa yang sama, TM turut mengalakkan para pengguna mereka mengemaskini kata laluan setiap tiga bulan, dan mengatakan yang mana perlindungan data pengguna TM adalah perkara paling utama untuk mereka.

Sebelum ini, pada awal pagi tadi, GaySec telah melepaskan pangkalan data pengguna Streamyx dan juga kata laluannya yang berjumlah lebih daripada 2 juta akaun. Namun ianya tidak boleh diakses buat masa ini.


HSBB - Ke Arah Gaya Hidup Digital
Kerajaan Mungkin Menapis Kandungan Internet?
CyberSecurity Bakal Menghadapi Ancaman Godaman Secara Serius
TM Mengumumkan Kerosakkan Kabel AAG Yang Menghubungkan Malaysia Ke Amerika Syarikat
Dua Pakej UniFi Baru Diperkenalkan Untuk Perniagaan Pada Harga Lebih Murah

8 Komen

  1. Ahmad Fikrizaman pada 20 Jul 2011

    2009 lepas tahun 2011. Kalau berjaya bolos lagi, 2011 akan dikeluarkan pada 2013 pulak..

  2. Izwan pada 20 Jul 2011

    kat gaysec tu memg dia ckp data2 tu data lama..tapi tak tau la kalau data baru diorang dapat.. isu gak group ni..

  3. syafiq pada 20 Jul 2011

    site dia tak dapat access sebab katanya skmm block.

    tapi aku kurang paham. kenapa, even data tu data lama, old vuln, kenapa tak di patch? ke diorang ada v2009 v2010 v2011 ? kalau ada kenapa tak di padamkan yang ver lama tu?

    ada sapa boleh bagi penjelasan tak?

    rgds
    aku yang tak paham haha

    • syafiq pada 20 Jul 2011

      owh dah paham. benda tu dah buat lama hahaha. haish lampi tol aku

  4. life4hire pada 20 Jul 2011

    typical corps…kalau tak kena dedah…takde nak dedah sendiri…

  5. Obefiend pada 20 Jul 2011

    setiap 3 bulan tukar? MAMPOS LA SIAL

  6. crynobone pada 21 Jul 2011

    Malaysia doesn’t give a shit about privacy information…

  7. Hassn pada 10 Aug 2011

    Rilex la tm… Gaysec bg HASH pass je…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader