Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah melancarkan Tonton pada bulan Ogos tahun lepas, kini perkhidmatan tersebut menghampiri ulang-tahun pertama pelancarannya, dan menariknya kini pihak Tonton memperkenalkan kandungan video berbayar dan eksklusif untuk para penggunanya melalui Tonton.

Kandungan sedia ada akan kekal percuma, dan Tonton akan memperkenalkan kategori baru yang membawakan pelbagai video-video berbayar dan eksklusif untuk para penggunannya, termasuk daripada tempatan dan juga antarabangsa, serta beberapa siri penuh untuk rancangan TV popular.
Untuk permulaan ini, Tonton hanya mengenakan caj sebanyak RM1 untuk satu episod yang mana boleh anda tonton seberapa banyak kali yang anda ingini untuk suatu masa yang terhad (lebih kurang sebulan). Para pengguna yang berminat, boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan perkhidmatan berbayar baru daripada Tonton ini daripada halaman rasmi mereka.
Tips awal : Omar
Filem Terhebat tahun ini Nur Kasih The Movie kini secara eksklusif di TonTon! http://bit.ly/nurkasihthemovie http://fb.me/10sNezAJL
24 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Agak mahal…patut buat pakej RM10, RM20, RM30 untuk unlimited videos yang kita tonton…rm1 satu episod sound ridiculous…kalau rm1 satu season lain la…
diorang patut tengok price modelling pada Hulu…byr usd 7.99 sebulan unlimited streaming…tgok sampai muntah
aku setuju cadangan ni, baru nak test market dh poyo habis letak mahal2…haha
klu free mesti best..
tak berminat…….
x berbaloy
benda baru lagi,,mana boleh buat macam hulu tu lagi, series kat msia ni pn bukan banyak lagi macam kat us tu yg dh beratus2 or maybe more.sbb tu dorang boleh buat affordable packages gtu. yaperda
masa dia free pun bukan ada minat nak tengok. ni pulak berbayar. ish ish. loading slow, interface macam tak mesra pengguna. advertisement lagi. haihhh..
setuju!! hahaha. x best lngsg.
duit duit..
start berbayar.. diorang dah start being f*k*p nak jadi astro ke hape nak letak mahal2
Jom kita habiskan duit untuk benda berfaedah ini
RM 1 per episode agak mahal sebenar nye. Kalau RM 5 per season ok. Tp aku bukan layan drama melayu pon. Script tak best, pelakon recycle.
nak jadi macam racuun ka
1.Mahal
2.Internet aku lambat cam bangkai
3.Memang TAK rr..
dulu rancangan tv3 sblm bpindah ke tonton,video dia smooth je walau tenet slow…tp bila dh transfer ke tonton,video xleh tgk langsung…ni berbayar plak…lg la xmau tgk…dulu download jejak rasul senang je guna IDM….dulu mmg terbaik tp skrg da k.o….huhu
Website Tonton pun aku pegi skali jer n mengecewakan aku
kalau kata ada bola…aku ambik la..tapi drama..adesss…goyang lutut laa nak tgk..
mmg dh pergi lg ke sana !!!! utube pown free…
tonton block user luar malaysia, aku kecewa hahaha
kalau tonton versi html5, mungkin aku akan menonton.
Kenapa TONTON.COM.MY kurang penonton:
1. Laman web yang agak berat.
2. Buffer untuk video yang tinggi.
3. Tiada sokongan HD.
4. Kena daftar akaun untuk tonton video di TONTON.COM.MY (Tidak mesra pengguna)
5. Youtube lagi bagus.
Owh, lupa untuk beritahu, akses ke laman TONTON.COM.MY terhad untuk beberapa negara sahaja. Jika anda di Australia, anda tidak dapat akses TONTON.COM.MY. Jadi TONTON.COM.MY bukanlah produk yang ke arah pasaran global.
Gagal.
advantage kelebihan tonton.com.my cuma ada video “eksklusif” dan antara muka grafik yg agak baik.
selain daripada itu saya taknampak kelebihan tonton.com.my
1tube.my pun lagi laju loading timenya dari tonton,
cuma semenjak dua menjak menjak ni 1tube.my dah mula “ketat”kan beberapa features..macam tak boleh masuk tanpa akaun facebook?dan dah ia dah mula tapis dan buang video-video yang “menarik” huhu..amanz, pe cer? ko antara orang “dalam” 1tube kan? hehe
lintah darat. semua nak untung. dah agak dah business model dieorang ni. hehe