11Jul

Transaksi Bernilai Lebih RM10 Juta Berlaku Melalui Lelong.my Setiap Bulan

Web 2.0

Salah satu laman jual beli yang amat popular di Malaysia adalah Lelong.my, dan kini melalui kemaskini halaman mereka, Lelong.my memperlihatkan yang mana melalui laman web mereka itu, transaksi bernilai lebih daripada RM10 juta berlaku setiap bulan. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana jual beli secara atas talian kini mula diterima oleh ramai pengguna internet Malaysia.

Lelong.my juga kini diperkatakan mempunyai lebih daripada 700,000 pengguna berdaftar, dan terdapat lebih daripada 2000 kedai atas talian yang menggunakan Lelong.my. Ianya juga turut diperlihatkan yang mana melalui Lelong, lebih daripada 100,000 jualan berlaku setiap hari.

Sebelum ini, ianya diketahui yang mana Lelong bakal mengadakan sebuah acara khas, iaitu pameran pertama untuk kedai atas talian dan ecommerce di Malaysia dalam masa beberapa minggu lagi. Mungkin lebih banyak maklumat berkaitan akan diumumkan oleh mereka ketika acara tersebut. Sama-sama kita nantikannya.


AdZara - Media Pengiklanan Tempatan Yang Terbaru
Skype Memperkenalkan Aplikasi Qik Video Connect
Facebook Menguji Bar Bahagian Atas Statik Secara Lebih Meluas Lagi
Minggu Media Sosial 2012 Bakal Diadakan Di Malaysia Bermula 13 Februari
Gambar Yang Dipadam Lebih 3 Tahun Pada Facebook, Masih Boleh Diakses

6 Komen

  1. din je pada 11 Jul 2011

    good evolution in malaysiaa

  2. zool pada 11 Jul 2011

    Pergh banyak tu.. memang hebat la lelong ni…. dulu ada try gak buat akaun tapi tak serius. tu yg tak jalan tu

  3. sam pada 11 Jul 2011

    yg mana satu lagi hebat, lelong.my or mudah.my

    • Hafiz pada 11 Jul 2011

      Dua2 ebat bro, trafik tinggi

  4. Hafiz pada 11 Jul 2011

    Hehe bestnye keje kat situ :P

  5. akmalhaziq pada 29 Feb 2012

    terbaik! (:


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader