26Jul

TwitNView Meminta Artis Menghubungi Mereka Untuk Memulangkan Akaun Twitter Asal

Web 2.0

Artis-artis tempatan kadang-kala mengubah nama pengguna Twitter mereka bersesuaian dengan beberapa program semasa, seperti Hero Malaya, dan sebagainya. Namun suatu perkara yang mereka lupakan adalah untuk menyimpan nama pengguna asal mereka. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ianya selamat memandangkan dipegang oleh pihak TwitNView.

Buat masa ini, pihak TwitNView memegang nama pengguna asal untuk Aznil Nawawi, Fazley Yaakob, Imran Ajmain, Adi Fasha, Iqram Dinzly dan juga Farish Aziz. Menurut pihak TwitNView lagi, mereka ingin mengembalikannya kembali, dan meminta artis-artis tersenarai itu menghubungi mereka, dan tidak perlu risau akan berkenaan akaun mereka diambil oleh pihak lain.

Mungkin juga perkara ini boleh dijadikan sebagai salah satu iktibar, dalam mengubah nama pengguna mereka pada masa akan datang, dan mungkin juga, berbanding menggunakan nama pengguna baru, pihak mereka boleh menggunakan sebuah hashtag khas yang disertakan pada setiap tweet mereka, untuk mengelakkan akaun mereka jatuh ditangan mereka yang lain.


Friendster Akan Di Jual - $100 Juta - Hujung Bulan Ini
Kelompok Pertama Dibawah GreyAttic Akan Bermula Jun Ini
AsyikTV Bakal Dilancarkan Pada 11 November - Bakal Bersaing Dengan Tonton?
20 Pas Akses Pantas WOWLoud Khas Untuk Para Pembaca Amanz Terawal
Malaysian Bill Watcher Membolehkan Anda Mengetahui Akta-Akta Terbaru Di Malaysia

24 Komen

  1. topo pada 26 Jul 2011

    fuyo.. nasib baik aku bukan artis hohoho

    • Fazreen pada 26 Jul 2011

      topo sejak ada rewards kemain rajin komen kat sini

      • Piratz pada 26 Jul 2011

        Haha.. nanti nak redem pastu buat giveaway kat cisdel kot…

        • aizuddin pada 26 Jul 2011

          patut la bole dapat ranking 1st..hehe

          • SS pada 27 Jul 2011

            semput nak kejar. hohoho

  2. sankai pada 26 Jul 2011

    bahaya juga jadi artis nie..wkewkekk..

  3. Amirulz pada 26 Jul 2011

    Artis OH! Artis !!

  4. Wan pada 26 Jul 2011

    aik camna ni.kurang faham skit
    tukar permanlink ka?

  5. Roslan pada 26 Jul 2011

    ape bende aku tak paham

    • Twit N View pada 26 Jul 2011

      sbg cth: kau tgk @AznilNawawiHM milik paknil, @AznilNawawi merupakan twithandle yg aku register semula. Kalau paknil nk pakai semula @AznilNawawi maka aku kena tukar atau matikan akaun tu supaya dia dpt semula.

      • Roslan pada 26 Jul 2011

        oh ko ade hak atau kelebihan mematikan akaun tu ke? still dun get it..

  6. Amir Hamzah pada 26 Jul 2011

    Mungkin “nama pengguna” tu merujuk kepada twitter handle a.k.a username. Cuma tak pasti mcm mana TnV simpan, mereka buat akaun lain ke?

  7. Scromix pada 26 Jul 2011

    aku masih blur sbnrnya haha

  8. Eizil pada 26 Jul 2011

    Mungkin dah tiba masa artis2 malaysia pun dapat status verified untuk akaun twitter mereka… :D

    • hazari pada 28 Jul 2011

      betul betul, bilalah nak ada status verified.

  9. shan pada 26 Jul 2011

    blurrrr

  10. shan pada 26 Jul 2011

    im really blurrrr

  11. IzhamHasan pada 27 Jul 2011

    Maknanye tweetNview pantau dan jaga nama Official artis malaysia dr diguna org lain? Twitter punye style bila satu nama twitter tu didaftar,tak boleh org lain claim nama yg sama ea?

  12. syafieq pada 27 Jul 2011

    ooo…taknak pegang twitter gaysec? hehe

  13. budingyun pada 27 Jul 2011

    boleh reserve? (-_-)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader