04Jul

Twitter Menambah Kotak Tweet Pada Halaman Profail

Web 2.0

Nampaknya kini Twitter seperti sedang menguji fungsi untuk tweet daripada halaman profail, sekaligus memudahkan pengguna untuk menghantar tweet kepada seseorang itu dengan mudah. Namun begitu, ianya hanya untuk pengguna versi web sahaja buat masa ini.

Melalui kemaskini yang diperlihatkan, ianya menambah sebuah kotak khas sebelum memperlihatkan tweet-tweet daripada pengguna tersebut, dan sebaik sahaja kotak tersebut diklik, ianya dimulakan secara automatik dengan Mention terhadap pengguna tersebut.

Ianya masih tidak diketahui samada ianya hanya sekadar ujian, ataupun bilakah Twitter telah memperkenalkan fungsi ini. Namun begitu, ianya merupakan sesuatu yang baru dalam menjadikan Twitter semakin menarik dan interaktif.


Kreative.my Bakal Mengguna-Pakai Framework WPnitive?
Facebook Memperlihatkan Rekabentuk Pusat Data Mereka Kepada Umum
88.4% Daripada Pengguna Internet Malaysia Mempunyai Akaun Facebook
Facebook Menguji Dua Fungsi Sekuriti Baru Pada Laman Sosial Mereka
Aplikasi Rasmi TED Dilancarkan Untuk Platform Android

3 Komen

  1. ekspresiruang pada 04 Jul 2011

    sesuatu yg hebat pasti akan melalui proses inovasi untuk kekal yang terbaik :)

  2. Eriyza pada 05 Jul 2011

    Kat mana nk tgk kotak tu??

    • nwar rahimn pada 05 Jul 2011

      benda tu klau x silap mesti kedua2 pihak saling follow baru ader kotak tuu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader