Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ramai pengguna yang agak skeptikal dengan pelayar web Internet Explorer, namun tahukah anda, sekiranya anda menggunakan sistem operasi Windows 7, Internet Explorer 9 adalah antara pelayar web yang terbaik, membawakan pelbagai fungsi dan nilai tambah bagi para penggunanya.
Seperti yang pernah kami tulis sebelum ini, Internet Explorer 9 hanya menyokong sistem operasi Windows Vista dan juga Windows 7 sahaja. Malah, ianya mungkin menjadi salah satu konsep baru Microsoft, dimana kini sudah kedengaran yang mana Internet Explorer 10 kelak bakal mematikan sokongan untuk Windows Vista, dan hanya menyokong Windows 8 dan Windows 7.
Sekiranya komputer anda mempunyai grafik kad, ianya turut membawakan sokongan grafik, dimana pelbagai perkara disokong padanya, dan lebih menarik daripada komputer tanpa kad grafik.
Memandangkan Internet Explorer 9 membawakan sokongan grafik (hardware-accelerated) untuk teks, video dan grafik, pelayaran web lebih pantas, serta memperlihatkan media dengan mudah dan pantas, tanpa sebarang gangguan.
Internet Explorer 9 juga turut sama membawakan enjin JavaScript yang baru, dinamakan Chakra, yang mana lebih bagus, dan menjadikan pelayaran web lebih responsif berbanding pelayar-pelayar web Internet Explorer sebelumnya.

Salah satu fungsi menarik yang dibawakan oleh Internet Explorer 9 adalah sokongan untuk pin-akan sesuatu laman web itu pada taskbar anda dengan mudah. Perkara ini, sekaligus membolehkan anda melayari laman-laman kegemaran anda dengan lebih pantas, iaitu hanya menekannya pada taskbar sahaja.
Malah, beberapa laman web turut sama membawakan beberapa perubahan ringkas, dimana ianya mengubah Internet Explorer 9 bersesuaian dengan tema laman web tersebut. Para pembangun turut sama boleh mengambil peluang perkara ini, dan menjadikan sesuatu laman web itu lebih interaktif bagi para pengguna mereka.

Melalui Internet Explorer 9, Microsoft turut sama mengintegrasikan fungsi carian pada kotak URL, dimana para pengguna boleh menaip URL padanya, selain pada masa yang sama turut menjalankan carian padanya. Untuk menjimatkan masa, para pengguna turut sama boleh mengaktifkan sokongan untuk cadangan, membolehkan anda melihat carian popular yang dilakukan oleh para pengguna.
Salah satu fungsi yang dinantikan oleh ramai pengguna pada Internet Explorer, iaitu dimana melalui IE9, para pengguna lebih selamat dengan sokongan SmartScreen Filter yang didatangkan padanya. Melaluinya, ianya melindungi para pengguna daripada laman-laman yang berkonsep akan phishing, malware, spam dan beberapa yang lain.
Ianya juga turut menyertakan amaran sekiranya anda memuat-turun fail-fail yang tidak begitu sahih pembangunnya, sekaligus pada masa yang sama turut menjadikan sistem operasi anda selamat. Menariknya lagi adalah kerana ianya turut sama menyokong Download Manager, dan sentiasa memastikan muat-turun anda selamat.
Bagi para pengguna Windows 7 dan juga Windows Vista, semestinya anda ingin menguji dan menggunakan pelayar web daripada Microsoft ini, terlebih dahulu sebelum versi seterusnya dilepaskan. Anda boleh memuat-turun dan mencubanya hari ini secara percuma.

Dan sekiranya anda telah mencuba pelayar web ini, apa komen dan maklumbalas anda berkenaan pelayar web ini berbanding yang lain?
Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Microsoft.
29 Komen
Tinggalkan Komen Anda
lagi pantas dari sebelumnya .. tapi sekarang more effective using rockmelt
apa apa pun .. info yang menarik ~
juga tak best.. haha
ie9 load page lembab
ie9 x best…chrome n firefox gak kt hati
start up IE9 lagi laju berbanding dgn IE sebelumnya..cuma aku rasa banyak webpage yg bila load keluar mcm2 error..mungkin kne turn on compatibility kot…
adakah ini techtroll??
IE dah tak macam dulu.banyak kelebihan lain yang browser lain takde…
knapa IE selalu diperlekehkan..kahkahkah..
aku suka jugak IE9 ni, cool.
Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Microsoft…
pergh..
IE9? Coolman windows 7 pun tak pakai.. hehehe.. still guna window xp… tp chrome ngan firefox jgk la di hati.. sbb browser ni load laju.. IE9 mcm lambat jek.. lepas tu banyak sgt block itu dan ini..mungkin IE9 menawarkan keselamatan yang baik.. tapi kadang kala membebankan pengguna..
Salam perkenalan, baru sampai kat blog ni..
IE adalah sumber untuk mencari chrome.
chakra?macam nama linux ja
takda nafsu ak dgn ie ni
chakra tu bukan naruto punya cerita ka?
xsalah aku ie9 ni mmg popular, byk website memuji ie9. tapi xnk guna sbb add-ons dia xmantap. review ni aku baca skit je. tapi mmg masyuk gak. haha
still prefer firefox la…. susah nak bertukar browser, gune ie utk test website je… huhu
berat laaa lag
selagi internet explorer tidak kemaskini sokongan terhadap CSS2/3 atau sekadar dengan lawannya, sukar untuk kami (developer) untuk mensarankan user supaya menggunakan browser ini.
bole la jgak ie9 ni.. ape2pun ff dgn chrome tatap manjadi pujaan hatiku.. =3
Ni online installer ke ofline installer?
offilne installer xde?
best jgk pin to taskbar tue, tp camne nk ubah icon kt website kt taskbar tue ek?
tue pakai Favicon. Memang banyak web dah set dah sekarang. Kat blogspot pun leh tukar.
ie? mmg kekadang tu terase gak nak pakai… lagi2 nak tgk streaming tv msia.. tapi erm tak po la.. teman bertahan ngan ie8 je la dulu.. lagipun nak up ie9 kene pake 7 genuine… haha..
ke ade ie9 installer yang leh bypass wga? huhu
IE amat pemes di jepun sbb diorg punya site slalu guna IE cun. Tapi entahlah IE nie tak terasa nak guna. Bila sumthin happen jer kat primary browser baru guna dia. Apa pon saya sudah update, anda bila lagi? Akakakakaka!~
kepada semua pengomen2 diatas, IE mmg lmbab loading page ye berbanding mozilla and chrome..sebab ie scan virus and malware..chrome and mozilla xde scan2 nie..jd kalu sape nk wat online banking,atau berkaintan ngan urusan duit di Internet jgn gune mozilla or chrome…sila guna IE untuk keselamatan maksimum..sekian
adakah sebest opera??
adakah selayan opera???
patut tulisan
Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Microsoft.
ni kecikkkkkk lagi
halusssss lagi.
ie9 ni bagus. serius. bagus. css3 support makin baik, speed js engine makin baik
tapi. ada tapinya
css layout still ada masalah kadang2. terutama daripada segi margin padding dan sbgnya.
html5 aku agak keciwa sebab yang simple macam placeholder tak support (ke aku salah try versi?)