Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperlihatkan antaramuka Windows 8 sebelum ini, kini Microsoft telah pun mengumumkan yang mana sistem operasi generasi akan datang daripada Microsoft itu akan membawakan sokongan dan keperluan sistem yang serupa dan mungkin turut menyokong sistem-sistem yang lebih rendah berbanding Windows 7.

Sebelum ini, Windows 7 hanya memerlukan cip pemprosesan 1Ghz dengan RAM 1GB serta ruangan storan sebanyak 16GB sahaja untuk dijalankan, dan nampaknya Windows 8 turut sama akan membawakan keperluan sistem yang lebih kurang sama, dan mungkin lebih rendah lagi, sekaligus membolehkan pengguna sedia ada menaik-taraf kepada sistem Windows 8 dengan mudah.
Ianya juga mungkin merupakan salah satu cara untuk menarik para pengguna sedia ada Windows XP turut sama menaik-taraf kepada Windows 8 dengan mudah. Windows 8 Beta dijangka bakal dilancarkan pada bulan September ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
mintak2la microsoft menurunkan harga OS mereka seperti yang boleh dibuat oleh Apple. Kalau RM100-RM150 rasanya ramai yang akan beli.
+1
+1
+1
+1
Apple jual sekali dengan hardware, sebab tu OS diaorang murah.
Mentality Malaysian, kalau Microsoft jual RM 50 pun diaorang sanggup cari yang pirate la.
So, kasi open source la.. Konpem ramai yg nak guna.. Hehehe
Send email kat Microsoft suruh diaorang jadikan Windows OS opensource.
rkyt MAL merupakan antra pengguna plg senctf d dunya bersama bbrapa ngara lg seketar asya tggara (mngekut kajyan).
bla nk bly brg, kalo bole nk hrga plg rndh. kalo berbeza walao sengget dgn keday laen, kta dh komplen…
wtf ko tulis ni dol?
tulis la betol2..ni bukan SMS
haih…die browse pakai sms ke hape ni.langsung tak fhm apa die tulis
Keyboard rosak ke pakcik?
Ke gune keyboard braile?
tak paham duhh.
tau x per
x sabar nak sedut nnt.. :p
windows xp bakal menerima nasib seperti windows98 nampak gayanya…
mari aku beri pencerahan skitbahasa SMS Pak Teh
” rakyat malaysia antara pengguna paling sensatif di dunia bersama berberapa negara lagi disekitar asia tenggara (mengikut kajian). bila nak beli barang kalau boleh nak harga paling rendah. kalau berbeza walau seringgit dengan kedai lain, kita dah komplen’
Baru perasan keyboard pakteh rosak kat huruf A. Kadang2 detect kadang2 tak.
hahaha…
tak sabar hendak menggunakan Windows 8.