29Jul

Mango Membawakan Sokongan Memainkan Muzik Terus Dari SkyDrive

Google

Dengan Google dan Apple memperkenalkan sokongan untuk memainkan lagu terus dari awan, Microsoft melalui Windows Phone turut tidak ketinggalan, dimana melalui Windows Phone Mango, ianya diperlihatkan yang mana sokongan untuk memainkan fail MP3 terus dari SkyDrive turut diperkenalkan.

Melalui fungsi tersebut, ianya akan membolehkan para pengguna untuk menyimpan fail muzik mereka di SkyDrive, seterusnya memainkan muzik terus melalui pelayar web Internet Explorer 9 pada Mango dengan mudah. Mungkin juga kita akan dapat melihat para pembangun membangunkan aplikasi untuknya tidak lama lagi.

Mango dijangka bakal dilancarkan sekitar bulan September kelak, dengan beberapa peranti baru Mango telah pun mula diperkenalkan. Apple turut sama dijangka akan memperkenalkan iOS 5 dalam tempoh yang lebih kurang serupa.


GMail Labs Memperkenalkan Multiple Inboxes
Picasa 3.6 Membawakan Fungsi Kolaborasi
Aplikasi Rasmi Twitter Untuk Android Di Lepaskan
Perantian Chrome OS Dipasaran Bermula Pertengahan Tahun Ini?
Chrome Versi Pembangun Kini Dikemaskini Kepada Versi 19

2 Komen

  1. matjoe pada 29 Jul 2011

    semua nak ikut geng ayah pin (kerajaan langit)

  2. myFirdaus pada 29 Jul 2011

    on cloud abes…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader