Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, Microsoft telah pun mengeluarkan angka jualan Windows 7, dimana menurut gergasi komputer itu, sistem operasi Windows 7 keluaran mereka telah pun terjual sehingga 400 juta lesen diseluruh dunia, sekaligus memperlihatkan penjualan yang lebih pantas berbanding Windows XP sebelum ini.

Angka ini sekaligus menjadikan hampir lebih daripada 20% perkakasan dan peranti yang disambungkan ke internet diseluruh dunia menggunakan Windows 7 untuk beroperasi. Windows 7 juga merupakan antara sistem operasi Microsoft yang digunakan ramai, walaupun Windows XP masih lagi popular buat masa ini.
Sebelum ini, Microsoft mengumumkan angka jualan Windows 7 yang mana mencapai 300 juta pada awal tahun ini dan pada April lepas, lebih 350 juta salinan Windows 7 telah terjual diseluruh dunia.
3 Komen
Tinggalkan Komen Anda
revenue berbillion2. mmg maintain kaya camtu je Bill Gates ni. huhu
tu yang terjual.. yang cetak rompak lagi banyak..
hail cetak rompak :p