Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah pembangun WordPress melepaskan beberapa versi pembangunan WordPress 3.2, kini versi akan datang WordPress itu seperti telah selesai dibangunkan, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, kita akan dapat melihat ianya dilancarkan kepada umum dalam masa beberapa jam sahaja lagi.
Walaubagaimanapun, berbeza dengan versi-versi sebelum ini, WordPress 3.2 membawakan perubahan dari segi keperluan minimum untuk menggunakannya. Jadi, sebelum anda menaik-taraf seperti biasa, anda perlu memastikan yang mana anda menggunakan beberapa perkara yang terkini.
Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah versi PHP dan MySQL yang digunakan pada pelayan blog anda. Untuk WordPress 3.2, ianya memerlukan anda menggunakan PHP 5.2.4 dan juga MySQL 5.0, supaya dapat menggunakan WordPress 3.2 tanpa sebarang masalah. Pada masa yang sama juga, WordPress 3.2 tidak lagi akan menyokong pelayar web Internet Explorer 6.
Mungkin kita akan dapat lihat WordPress 3.2 dilepaskan tidak lama lagi, mungkin beberapa jam sahaja. Sama-sama kita nantikannya, dan berharap agar semuanya berjalan lancar.
I have a feeling we’ll pass 15 million downloads of 3.1 right before we release 3.2.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
emm baru je igt nk backup untuk update ke 3.1.4, rupanya ada baru ag. tggu lagi. thanks.
cepat juga wordpress update… memang sangat bagus… harap lebih secure kan??
X sabar nk tgu dia release!
wee~ bagus lah, harap2 lebih secure daripada biasa
pihak hosting kena bersiap sedia sblom benarkan user update versi terbaru, kalau betul hosting yg bagus diorg dah hantar email maklumkan kesesuaian versi terbaru nie agar tidak ada masalah berbangkit…nanti diorg juga byk keje nak kena restore semula…hehe
Da tnye web hosting company ak td, katenye ok
jangan tersilap update, lain pula jadi nya nanti. apa2 pun. backup dulu isi blog kawan