Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pelepasan WordPress 3.2, pembangunan WordPress versi seterusnya telah pun dimulakan, dengan beberapa fungsi menjadi tujuan utama mereka. Dan bertambah menariknya lagi adalah dimana kini pihak pembangun WordPress telah pun mengeluarkan jadual pembangunan mereka, memperlihatkan WordPress 3.3 akan dilepaskan seawal 15 November 2011.

Walaubagaimanapun, ianya hanyalah tarikh sasaran, dan mungkin berubah mengikut latar masa pembangunan. Dan mungkin kita akan ketahui pelbagai fungsi baru yang bakal dibawakan oleh WordPress 3.3 sebelum 7 September kelak, dengan beta pertama menemui para pengguna bermula 21 September.
Buat masa ini, ianya disasarkan yang mana WordPress 3.3 bakal membawakan pemuat-naik media yang diberikan nafas baru, kemaskini secara automatik dibelakang tabir, dan beberapa perkara baru, dan pada masa yang sama, mungkin mematikan sokongan untuk Internet Explorer 7 padanya. Mungkin kita akan ketahui lebih lanjut mengenainya bermula bulan September kelak.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
bagus ler team mereka ni, cepat btol..
harap2 sasaran mereka utk lancarkan pd tarikh tu tercapai..
wahh ni satu perkembangan yang baik,makin banyak kemaskini terbaru
Okaylah jugak kalau bulan November, kalau September nak release semput aku nak update blog2 tu.
Dah 3.3 pulak, cepat betul.
Betul tu. Best lah WP
haa, elok tu. tak yah awal sangat..yang 3.2 ni pun kekadang bikin masalah.
pergh cepat tul ek diorang..mantop2, yg features terbaru ni aku pun tak kaji hape..hheheh, men update jek