Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, kini WordPress 3.2 sudah pun sedia untuk digunakan, dimana sekiranya anda sedia menggunakan pemasangan WordPress, anda boleh mengemaskini pemasangan anda secara automatik mahupun memuat-turun fail WordPress 3.2 secara berasingan sekarang.
Melalui WordPress 3.2, ianya lebih memfokuskan untuk menjadikan WordPress lebih ringan dan pantas, serta membawakan antaramuka dashboard yang diperkemaskini dan lebih menumpukan kepada penulisan.
Pada masa yang sama, WordPress 3.2 turut sama membawakan tema baru bersama-sama dengannya dipanggil sebagai Twenty Eleven. Seperti diperkatakan sebelum ini, WordPress 3.2 dan yang seterusnya akan lebih menumpukan kepada teknologi terkini, dimana ianya memerlukan MySQL 5.0 dan juga PHP 5.2.4 untuk digunakan.
Bagi yang sudah mengemaskini pemasangan WordPress anda, apakah pendapat anda mengenai WordPress 3.2 ini?
amanz.my dh update ker belum?
tak keluar lagi notification untuk update kat admin panel..
oh, kena pegi ke update, notification dia tak keluar automatik macam yg sebelum ni :p
jap lagi nak update la
Agak banyak update kali ini, terutamanya paparan antara muka yang baru. Rasa lain sedikit lepas update.
baru hantar tiket kat hosting provider nak tau support ke tak WP 3.2.. takut pape jadi leceh plak.. kalau cun, upgrade terus !
samalah kita.heeee
tunggu reply dari hosting .. tak sabar ni
Sy dah update!
nampak dorang dok print screen macam cun jugak.
updat2.jangan tunggu lagi.haha…
sudah!